Famili

Cara Buka Akaun ASBN Online, Tak Payah Ke Kaunter!

16K
SHARES
akaun ASNB

Adakah anda ingin membuka akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB)? Dahulu urusniaga ASB hanya boleh dilakukan di kaunter berdaftar sahaja, samada di pejabat POS, bank atau cawangan pejabat ASB berhampiran. Tapi, disebabkan oleh wabak endemik ini, pihak ASBN mengambil inisiatif untuk memudahkan orang ramai membuka akaun ASBN secara online sahaja. Tak payah ke kaunter!

Baca juga: Pulangan Dividen Tinggi, Mak Ayah Boleh Buka Akaun Maybank Yippie Seawal Baru Lahir

CARA BUKA AKAUN ASBN ONLINE & MUAT TURUN APLIKASI MyASBN

Untuk membuka akaun ASB secara online, anda seharusnya muat turun dan install aplikasi MyASBN di telefon anda terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan pautan aplikasi:

1. Play Store bagi pengguna Android

2.Apple Store bagi pengguna IOS

Setelah anda install aplikasi MyAsbn tersebut, berikut adalah merupakan cara pembukaan akaun ASB secara online:

1. Buka aplikasi MyAsbn anda

2.Pada paparan utama klik pada Daftar

3.Masukkan butiran yang diperlukan

4.Nombor kad pengenalan (MyKad)

5.Nombor telefon (pastikan yang aktif untuk penerimaan kod OTP)

6.Masukkan kod OTP yang terima melalui SMS.

7.Seterusnya isikan semua maklumat peribadi anda termasuk akaun bank. Pastikan nama pemilik akaun bank adalah sama dengan pengenalan diri anda.

8.Kemudian anda dikehendaki untuk melengkapkan dokumen pengistiharan diri dan malumat pekerjaan (bagi tujuan jaringan produk yang sesuai untuk anda).

9.Seterusnya anda dikehndaki untuk membuat pengesahan identiti seperti:

-Mengambil gambar MyKad

-Rakam video swafoto bersama kad pengenalan.

-Sekiranya pengesahan identiti anda diluluskan, anda sudah boleh log masuk akaun MyAsbn anda seperti nama pengguna, frasa keselamatan dan kata laluan yang telah anda daftarkan.

Selesai

NOTA: Anda boleh mulakan pelaburan baharu pertama anda dengan minimum hanya RM10.

Sumber: ASBNmy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×