Setiap ibu bapa pastinya mempunyai perancangan yang terbaik untuk anak-anak termasuklah dari segi perngurusan kewangan mereka sejak dari lahir. Salah satu caranya adalah dengan membuka akaun simpanan wang atau pelaburan di bank-bank tertentu.
Menerusi perkongsian oleh Siti Nurezah Fikri di Facebook, dia berkongsikan cara membuka akaun simpanan untuk anak-anaknya melalui Yippie-I akaun di Maybank, khas untuk bayi baru dilahirkan sehingga usia mereka mencecah 18 tahun. Selain mendapat pulangan dividen yang tinggi dan pelbagai faedah lain, anak-anak juga berpeluang mendapat pulangan tunai sekiranya menunjukkan pretasi yang baik di dalam pelajaran seperti yang dikongsikan oleh Maybank. Menarik!
Nak buka account Yippie untuk anak anak?
Bukak kat maybank acc Yippie. Dividen tinggi gaisssss, untung balik. Minimum bukak acc RM100 umur dari baru lahir sampai 17 tahun ( bawak sijil lahir dan mykid anak )
Ni normal acc savings ya… bukan plan yang tiap-tiap bulan wajib masuk banyak tu banyak ni tu.Penjaga boleh keluarkan duit anak, sebab wajib ada transaksi masuk dan keluar untuk kekal aktif dan acc tak jadi dormant (beku).
Ada yang tanya dividen tu halal tak?
Saya nak tanya balik cik kak.. acc savings cik kak tu ada masuk dividen yang sen sen tu dak?? Kalau ada.. HALAL TAKKKKK? Ada yang petikai Asb lagi bagus pulak. Asb itu pelaburan. Yippie nie NORMAL SAVINGS ACCOUNT. Kakzah bukak semua acc yang ada hasil untuk anak.. tak rugi bukak bnyak acc lahhh! Parents kena tau la cara nk manage duit anak.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman web Maybank Malaysia berkenaan Yippie Savings Account.
Sumber: Siti Nurezah Fikri