Pembelian emas merupakan antara pelaburan yang sangat bagus untuk masa hadapan. Ini juga diklasifikasikan sebagai aset individu dimana anda akan mendapat habuan yang berkali ganda jika dijual mengikut kepada harga emas yang susah untuk turun. Tetapi, ramai juga dalam kalangan kita yang agak sukar untuk menabung bagi tujuan pembelian emas ini.
Jadi, salah satu cara yang paling mudah untuk anda ‘secure’ duit terutama sekali yang mempunyai akaun Maybank, anda sebenarnya boleh buat tabung untuk membeli emas melalui aplikasi MAE. Sebulan serendah RM100 sahaja dah boleh simpan beli emas!
MACAM MANA NAK BUAT TABUNG KHAS UNTUK BELI EMAS?
Sini Lia tunjukkan cara mudah nak beli 1 dinar emas (4.25 gram) dengan bulanan RM100 je. Lia faham ramai orang ada impian nak miliki 1 dinar emas tapi tak mampu nak keluarkan duit sebanyak RM1,100 harga untuk 1 dinar. Jadi Lia nak tunjukkan cara untuk simpan secara automatik menggunakan fungsi “Tabung” di aplikasi MAE by Maybank2U.
Target : 1 Dinar (4.25gram) = RM1,100
Tempoh masa : 10 bulan
Sebulan : RM110 sahaja
Sekarang dah jelaskan berapa simpanan kena buat? Jangan risau, duit yang disimpan itu hanya diasingkan ke dalam tabung yang kita set kan itu dan ianya akan dikembalikan once sasaran sudah dicapai atau Tabung ditamatkan. Jom lihat gambar di bawah untuk step by step menabung emas 1 dinar secara konsisten.
1.Buka aplikasi MAE
by Maybank2u dan ‘create Tabung’.
2. Pilih kategori yang bersesuaian dan kali ini pilihan anda adalah ‘Shopping’.
3. Letak nama tabung anda.
4.Letakkan berapa jumlah simpanan yang anda mampu.
5. Tarikh mula simpanan.
6.Tarikh akhir simpanan.
7. Anda juga boleh ‘link’ tabung simpanan ini dengan akaun bank sedia ada.
8. Siap!
Sumber: Nor Aliah Mohd Nor