Kewangan

Cara Mudah Buka Akaun Perniagaan Di Maybank Tanpa ‘Introducer’, Dah Tak Leceh!

107
SHARES

Jika anda sedang atau berhasrat untuk menjalankan perniagaan secara kecil atau besar, sudah pasti anda mesti kena ada akaun semasa perniagaan bagi memudahkan urusan. Hal ini kerana, anda tidak boleh gunakan akaun peribadi untuk tujuan perniagaan.

Penggunaan akaun peribadi untuk tujuan perniagaan boleh menyebabkan akaun bank anda ditutup kerana terlalu banyak transaksi keluar dan masuk. Jadi, salah satu syarat untuk buka akaun perniagaan adalah dengan ada Introducer atau pencadang semasa membuka akaun perniagaan Maybank. Orang yang boleh menjadi introducer adalah kenalan anda yang mempunyai akaun Maybank tetapi dengan syarat akaunnya aktif dan berusia sekurang-kurangnya dua tahun.

Pasti leceh kan bila fikirkan nak cari introducer? Maklumlah, tidak semua orang ada kenalan yang mempunyai akaun perniagaan. Bukan senang nak cari. Ada caranya untuk anda buka akaun perniagaan Maybank tanpa introducer. Anda boleh lakukan secara online sahaja dengan langkah mudah.

CARA MUDAH BUKA AKAUN PERNIAGAAN DI MAYBANK TANPA PERLU ‘INTRODUCER’

Harini selesaikan urusan aktifkan akaun perniagaan di Maybank. Lama dah tangguh sebab dulu perlukan “introducer”.
Maybank baru saja lancarkan kemudahan pembukaan akaun perniagaan tanpa introducer yang diberi nama SME FIRST-i, sesuai untuk seller kecil-kecilan.

CARA MENDAFTAR

1) Daftar akaun perniagaan kita melalui link ini: https://bit.ly/38s7mn5

Masukkan semua butiran yang diperlukan termasuk SSM registration number.

2) Apabila selesai, ingat access kod yg diberi melalui sms (kita akan guna untuk register online banking).

3) Buka email dari maybank dan simpan account nr. serta reference nr. yang diberikan.

SEDIAKAN DOKUMEN

Sediakan semua perkara ini sebelum ke maybank:

1) MyKad

2) SSM Certificate Registration

3) SSM Form A

4) SSM Business Info

5) Cop Company (Ada nama perniagaan dan SSM Registration number)

PERGI KE MAYBANK

1.Kita mesti ke Maybank dalam masa 10 hari untuk aktifkan akaun. Mesti ke Maybank yang kita pilih semasa register online.

2.Tunjukkan reference number yang kita dapat melalui email.

3.Bagi semua dokumen yang diperlukan tadi.

4.Pegawai bank akan selesaikan urusan pengaktifan serta online banking. Nanti kita akan ada satu lagi online banking bawah nama perniagaan yang kita daftarkan. Ianya tidak berkait dengan maybank personal kita.

5.Pegawai bank juga akan tunjukkan cara menggunakan aplikasi MAYBANK QR PAY BIZ untuk memudahkan transaksi bukan online. Sediakan masa 1 jam setengah untuk urusan di bank ini.

Tadi bawa 3 adik beradik tu, ya Allah macam-macam karenah dah kat maybank. Duduk atas lantai lah, bergaduh lah. 1 jam setengah tu, memang melebihi had kesabaran budak-budak.

UPDATE INFO

1) Ini adalah current account. Ada 2 jenis yang patuh syariah.

A) SME First Account-i (dilindungi PDIM)

B) SME First Investment Acco

Sumber: Bro Nutella, Maybank2u

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×