Kewangan

Cara Tukar Kad Maybank Expired Dekat Kiosk, Tak Payah Beratur Panjang!

263
SHARES

“Alamak! Kad bank dah expired, tak boleh withdraw duit…”

Bila kad bank dah expired, maka banyaklah urusan kewangan yang tertangguh terutama sekali pengeluaran wang tunai. Bukan itu sahaja, urusan penukaran kad bank yang dah expired pun memerlukan anda beratur di bank dalam masa yang lama!

Rupa-rupanya anda sudah tidak perlu risau lagi untuk menukar kad bank expired dengan pantas kerana dan boleh guna mesin kiost di cawangan Maybank tertentu. Mudah sahaja cara nak dapatkan kad bank baharu dalam masa tak sampai 10 minit!

Baca juga: Cara Buka Akaun ASBN Online, Tak Payah Ke Kaunter!

CARA TUKAR KAD BANK EXPIRED DEKAT KIOSK

Since ramai sangat kad bank dah expired tapi kalau nak renew kena beratur panjang dekat bank atau kena buat appointment untuk renew kad bank je ? Ini cara mudah untuk korang renew Kad Bank korang semua.

1. Mula-mula pergi ke bank yang mempunyai Express Debit Card Replacement Kiosk. Masukkan kad bank lama dan no pin.

2.Pilih jenis kad baru yang anda suka.

3.Kemudian masukkan MyKad anda. Imbas ibu jari anda juga.

4.Dalam beberapa minit sahaja dah dapat kad bank yang baharu!

Express Debit Card Replacement Kiosk ada di Branch :-

1) KL Main

2) Shah Alam

3) KLCC

4) TTDI KL

5) Jalan 222

6) Jalan Gombak

7) Setia Alam

8) Kajang

9) Pandan Indah

10) Klang

11) Bandar Baru Bangi

12) USJ

13) Puchong Jaya

Video penuh:

Sumber: Tiktok @ejal.asv

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×