Kewangan

9 Langkah Keluarkan Duit Melalui Mesin ATM Tanpa Kad Ketika ‘Emergency’

3.2K
SHARES

“Alamak, duit tak ada! Kad bank pun tak bawa!”

Pernah tak anda mengalami situasi sebegini? Mungkin ramai yang berpendapat bahawa dalam zaman teknologi sebegini anda tidak memerlukan wang secara tunai dalam setiap pembayaran. Namun, masih ada lagi dalam hal kehidupan seharian yang memerlukan anda menggunakan ‘cash’.

Tetapi, bagaimana pula jika anda tiada cash di dalam tangan dan tidak membawa kad bank pula ketika situasi kecemasan? Ini adalah cara untuk anda keluarkan duit secara ‘cardless’ di mesin ATM.

CARA KELUARKAN DUIT TANPA KAD KETIKA EMERGENCY

1.Log in akaun Maybank2u

Jika anda layari laman web yang terkini, Maybank2u memaparkan versi pandangan yang baharu. Di sudut kanan bawa anda akan melihat satu kotak kecil ‘Back to classic Maybank2u’ dan log in seperti biasa.

2.Pilih accounts & banking

Setelah berjaya log in, klik pada kotak ‘Accounts & Banking’

3.Klik pilihan ‘Transfers’

Setelah klik kotak ‘Accounts & Banking tadi, anda akan melihat ada 7 option di sebelah kiri paparan dan dari situ, klik pada bahagian ‘Transfers’.

4.Rujuk ‘cardless withdrawal’

Dalam paparan yang sama, anda akan melihat banyak kotak option dan pada bahagian kiri dan bawah, cari bahagian ‘Cardless Withdrawal’.

5.Klik ‘Open Cardless Withdrawal’

Untuk meneruskannya, klik pula pada bahagian Open Cardless Withdrawal.

6.Isi maklumat

Setelah berjaya, anda akan diminta untuk mengisi maklumat peribadi dan transaksi. Nilai maksimum yang boleh dikeluarkan adalah sehingga RM300. Klik continue dan anda akan diminta memasukkan nombor TAC.

7.Nombor TAC

Setelah nombor TAC berjaya dimasukkan, operator akan menghantar mesej terus ke telefon bimbit yang didaftarkan tadi.

9. Pergi ke mesin ATM

Setelah menerima dua mesej ini, anda sudah boleh pergi ke mesin ATM dan tekan ‘Enter. Kemudian, pilih option ‘Pengeluaran Tanpa Kad’ dan masukkan details yang diterima sebentar tadi.

Sumber: Maybank2u, maskulin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×