DIY & Kraf

Cara Buat Sendiri Serbuk Kunyit, Masakan Lebih Sedap & Wangi!

220
SHARES

Penggunaan serbuk kunyit atau kunyit hidup cukup sinonim dalam masakan melayu.  Biasanya serbuk kunyit dibeli di pasar kerana lebih mudah dan cepat. Walaubagaimanapun, serbuk kunyit boleh dibuat sendiri di rumah dan rasanya lebih sedap berbanding beli. Percaya tak?

Kalau ibu-ibu nak cuba cara buat serbuk kunyit sendiri di rumah, berikut merupakan cara yang dikongsi oleh Puan Suez Tiez di laman Facebooknya. Masakan lebih wangi dan sedap! Jom cuba…

Baca juga: Petua Lebatkan Tanaman Buah Mangga Di Rumah, Kena Letak Bahan Rahsia Ini Rupanya

CARA BUAT SENDIRI SERBUK KUNYIT, MASAKAN LEBIH SEDAP

serbuk kunyit

Beberapa hari lepas saya ada tuai kunyit dan cuba buat serbuk kunyit sendiri. Ini lah hasilnya. Dapat la 1 botol serbuk kunyit dari isi kunyit yang tak seberapa banyak tu.

Warna dan aroma kunyit buatan sendiri lebih terang dan wangi. Yang pasti ia lebih bersih dan bebas bahan pewarna, bebas pengawet dan orginal. Tak sabar nak guna untuk masak harini.

Cara-cara penyediaan: 

1. Cuci sebersih-bersihnya kunyit tu guna berus. Tak perlu kupas kulitnya. Kalau guna berus pasti bersih.

2. Potong nipis-nipis dan jemur/kering kan (saya ambil masa 2 hari saja untuk keringkan sebab panas terik dari pagi sampai petang).

3. Nak cuba keringkan guna oven atau air fryer pun boleh. Ada kawan-kawan kata boleh. Saya lebih suka cara semula jadi.

4. Selepas kunyit betul-betul kering gunakan pengisar untuk bahan-bahan kering dan kisarkan kunyit tu sampai halus.

5. Kemudian tapis guna pengayak tepung. Kalau perlu ulang berkali-kali proses-proses ini sampai dapat serbuk kunyit yang dikehendaki.

Aroma dan rasa makanan memang sedap menggunkan serbuk kunyit buatan sendiri ini. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Suez Tiez

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×