Dapur

Tips Paling Best Nak Pastikan Daun Kunyit Tak Jadi Kuning, Simpan Lama Pun Masih Segar!

138
SHARES
khasiat daun kunyit

Penatnya setiap kali beli daun kunyit di pasaran, tak sampai seminggu dah bertukar dari warna hijau menjadi kekuningan. Habis semua khasiat daun kunyit dan baunya yang harum hilang begitu sahaja dan terpaksa beli daun baharu. Maklumlah, bukan setiap rumah orang ada tanam pokok kunyit bukan?

Jadi, ada satu perkongsian di laman Facebook yang sangat mudah untuk mengekalkan ketahanan daun kunyit sehingga berbulan-bulan. Tak perlukan banyak barang rupanya, hanya buat macam ini…

Baca juga: Jangan Bazirkan Uncang Teh Hijau Yang Dah Minum, Boleh Guna Untuk Hilangkan Parut!

KHASIAT DAUN KUNYIT TERPELIHARA & TAHAN LAMA, INI CARA SIMPAN

khasiat daun kunyit

Banyak tips dah pernah cuba tapi hasilnya tetap turn kuning juga daunnya bila simpan lama.. Ini kali tips ni macam best..

Bahan-bahan

-Daun kunyit – sudah tentunya
-Zipper bag

Cara-caranya :

1. Bersihkan daun kunyit, lalu pada air. Biarkan sekejap sehingga air kering.

2. Hiris halus macam nak masak rendang tu.

3. Isikan ke dalam zipper bag simpan di dalam peti sejuk beku. Siap.

4. Rehatkan dulu pada suhu bilik supaya ais pada daun tu hilang bolehlah digunakan untuk sebarang masakan yang guna daun kunyit.

Hasilnya selepas berminggu-minggu, daun kunyit kelihatan masih hijau dan tidak kekuningan. Ini amat penting untuk mengekalkan khasiat daun kunyit, rasa serta bau yang harum setiap kali digunakan dalam masakan.

*Selamat mencuba!

Baca juga: Petua Guna Limau Asamboi Untuk Rawat Batuk Degil, Lagi Lama Peram Lagi Bagus!

Sumber: Julia Aleen Aireish

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×