Deko & Hias

‘Aunty’ Cina Kongsi Petua Daun Kunyit Elak Dimakan Ulat, Wanita Ini Teruja Sebab Berkesan!

41
SHARES
pokok daun kunyit

Daun kunyit kerap digunakan sebagai pelengkap dalam pelbagai jenis masakan kerana ia mempunyai aroma khusus yang mampu membangkitkan selera. Disebabkan itu, pokok daun kunyit sering dilihat ditanam di kawasan rumah.

Cara menanam pokok daun kunyit yang paling mudah adalah melalui tunas yang sudah tumbuh pada kunyit dan direndam di dalam bekas berair. Apabila akarnya keluar, baru ia dipindahkan ke dalam pasu.

Baca juga: Cara Jimat Buat Racun Serangga Organik Guna Bawang Putih, Ulat Pun Tak Berani Datang Dekat!

POKOK DAUN KUNYIT

pokok daun kunyit

Gambar: Fara Khadir

Kemudian, anda akan dapat melihat daun-daun kunyit yang tumbuh panjang menghijau. Barulah ia boleh diambil dan dimasukkan ke dalam masakan.

Namun, hendak memastikan tanaman anda membesar dengan selamat daripada mengalami kerosakan akibat dikerjakan serangga perosak atau ulat daun bukanlah mudah. Maka, wujudlah pelbagai kaedah dan petua untuk menghindari tanaman anda dimusnahkan.

Baca juga: 6 Jenis Sayur Yang Mudah Ditanam Di Kawasan Rumah, Nak Pakai Boleh Petik Saja!

Hal ini termasuklah, petua yang dikongsikan oleh seorang aunty Cina kepada wanita bernama Fara Khadir tentang cara mengenyahkan ulat daun daripada memakan tanaman daun kunyitnya.

Hasilnya seperti anda lihat pada gambar di atas. Di mana, daun kunyit di sebelah kanan kelihatan lebih cantik kerana ulat tak berani nak datang. Alhamdulilah!

Baca juga: Resipi Baja Organik Terbaik Guna Bawang Merah, Tanaman Makin Subur & ‘Bersih’ Serangga Perosak!

PETUA ‘AUNTY’ CINA CEGAH ULAT DAUN

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • 500ml air
  1. Campurkan bahan-bahan di atas.
  2. Kemudian, masukkan di dalam bekas semburan.
  3. Sembur ia pada daun kunyit sahaja.
  4. Lakukan setiap 2 minggu sekali.

Baca juga: Puan Ini Kongsi Tips Jaga BUNGA PETUNIA, Cantik Betul Halaman Rumahnya!

Sumber: Fara Khadir

FT Image: Fara Khadir / Warisan Petani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×