Dapur

Bertahun Tak Beli Luar, Wanita Ini Dedah Potong Tanaman Kunyit & Halia Tanpa Korek Isi Keluar!

14
SHARES
pokok halia

Kebiasaannya, keseluruhan pokok halia dan pokok kunyit akan dikorek keluar isinya dari tanah apabila hendak dibuat masak. Tapi, tidak dengan teknik hebat yang satu ini daripada Asma Muhamad.

Menurut Asma, dua tanamannya itu menggunakan teknik potong batang dan sedikit isi yang hendak dipakai sahaja tanpa mengorek keluar kesemuanya. Ternyata, ia mampu mengularkan tunas baharu sejurus sahaja dia mengetahui teknik itu.

Baca juga: Jenis Pokok Sesuai Tanam Di Tempat Teduh, 10 Ini Tak Mesra ‘Direct’ Matahari!

POKOK HALIA DAN KUNYIT

pokok halia

Gambar Asma Muhamad: Kunyit (kiri) dan halia (kanan) yang menggunakan teknik potong batang dan sedikit isi.

Secara tidak langsung, ia membantu Asam menjimatkan lagi perbelanjaan dapurnya kerana sudah 4 tahun tidak membeli halia dan kunyit di luar.

Nak tahu bagaimana teknik tanaman tersebut dilakukan, ikuti perkongsian Asma Muhamad di bawah.

Baca juga: Mirip Sangat! Tapi Ini Bezanya Antara Daun Bawang, Lokio & Kucai

Baca juga: Wanita Kongsi Tips Pokok Pudinanya Hidup Segar & Lama, Dah Masuk 3 Tahun!

Sedikit perkongsian cara saya sustain (mengekalkan) halia dan kunyit, tapi ini versi jimatlah.

1. Guna kaedah potong setakat nak pakai sahaja

Saya guna kaedah potong setakat untuk pakai sahaja tanpa korek keluar semua isi halia atau kunyit.

Kuis-kuis tanah dan potong isi sahaja. Kemudian, timbus tutup balik kesan dipotong itu.

2. Halia kena potong batang dan sedikit isinya untuk bertunas baru

Kalau potong batang halia, jangan dipotong batang sahaja. Potong sedikit sekali isinya dan timbus balik secara condong.

Insha Allah, akan keluar tunas baru dari bahagian tepinya. Bila dah bertunas, bolehlah alih ke tempat lain.

Dah 4 tahun tak beli halia dan kunyit

Halia ini asalnya saya tanam dari baki masak dulu-dulu. Rasanya 3-4 tahun dah tak beli halia. Alhamdulillah, saya kerap juga masak guna halia.

Kunyit pun sama, tapi jarang guna kunyit kecuali masak lemak.

Baca juga: Tips Tanam SERAI DALAM PASU, Buat Secara Serong Lebih Cepat Pokok Membesar!

Baca juga: Tips Tanam KUCAI Dalam Pasu, Menariknya Bukan Hanya Subur Tapi Sampai Keluar Bunga!

Nak lebih jelas, anda boleh rujuk gambar-gambar di bawah ini:

pokok halia

Gambar kiri – Hasil timbus balik batang pokok yang dipotong dengan sedikit isi.

Gambar kanan – Batang asal dah mereput, tunas baru sakan membesar.

pokok kunyit

Gambar kiri – Timbus menyerong akan keluar tunas baru menegak. Kalau elok, akan keluar 2-3 tunas. Kalau tidak, satu tunas pon dah okey.

Gambar tengah – Ini yang saya semai guna batang halia yang ada sedikit isi. Ditimbus condong supaya anak yang keluar banyak. Pernah tanam tegak, satu je anaknya. Rugi.

Gambar kanan – Ini 4 batang halia yang saya semai. Semua dah bertunas dan tegap elok keluar pucuk baru.

pokok kunyit

Gambar kiri – Kunyit saya kuis pasir dan potong setakat mana nak pakai sahaja. Boleh nampak separuh lagi isinya ada di tanah.

Gambar kanan – Timbus balik selepas potong ambill isi.

cara tanam halia

Halia pon sama. Potong setakat mana nak je.

Baca juga: Buat 6 Teknik Asas Tanaman Dari Lelaki Ini & Lihatlah 3 Jenis Pokok Cilinya Sihat-Sihat Belaka!

Sumber: Asma Muhamad

FT Image: Asma Muhamad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×