Deko & Hias

Tips Tanam KUCAI Dalam Pasu, Menariknya Bukan Hanya Subur Tapi Sampai Keluar Bunga!

65
SHARES
tips tanam kucai

Kucai ialah daripada gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Ia sejenis tanaman yang boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Jadinya, tips tanam kucai dalam pasu di bawah ini pastinya bakal menarik minat anda untuk mula bercucuk tanam!

Perkongsian tips tanam daun kucai oleh Mohd Amri ini banyak yang boleh anda pelajari. Bahkan, dia juga tidak sangka yang pokok kucainya akan mengeluarkan bunga. Menarik!

Baca juga: Jangan Buang ROTI Tamat Tempoh Boleh Buat BAJA ORGANIK, Rajin Berbunga Pokok Nanti!

TIPS TANAM KUCAI

tips tanam kucai

Gambar: Mohd Amri

Dekat rumah ini hanya ada tiga pasu kucai sahaja. Saya semai dari benih.

Cuma untuk makluman tuan dan puan, kucai ini memang mengambil masa untuk bertunas. Lebih kurang tiga minggu juga, barulah saya pindahkan ke dalam pasu besar.

Menariknya, kali ini tanaman kucai saya mengeluarkan bunga yang sangat cantik bersama-sama dengan benih-benihnya. Jadi, dapatlah saya gunakan untuk semai kucai baru nanti.

Baca juga: BONSAI KELAPA Tanaman Hiasan Rumah Mudah Jaga & Unik, Ikuti 6 Langkah DIY Ini

Tips menanam kucai ini saya sekadar berkongsi.

1. Semaian

tips tanam kucai

Gambar: Peringkat semaian, 3 minggu lebih – Mohd Amri

Peringkat semaian, saya prefer untuk menggunakan peatmoss kerana medium ini sangat membantu untuk proses semaian berlaku dengan lebih baik dan stabil. Setiap lubang semaian saya akan tabur 6-8 biji benih kucai.

Proses semaian kebiasaannya saya akan ambil selama tiga minggu. Barulah dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar.

2. Siraman

Jangan siram terus ke daun, tetapi saya siram secara mengelilingi pasu iaitu terus kepada medium tanah atau apa-apa medium yang dipakai.

Baca juga: Tips Tanam SERAI DALAM PASU, Buat Secara Serong Lebih Cepat Pokok Membesar!

Baca juga: Cara Mudah Tanam TIMUN Dengan Betul, Ikut Tips A-Z Ini Baru Gemuk-Gemuk Hasilnya!

3. Pembajaan

daun kucai

Gambar: Saya bagi masa supaya benih ini lebih matang sebelum saya ambil untuk semaian baru. – Mohd Amri

Bagi pengguna baja organik, jangan terlalu kerap memberi baja atau terlalu banyak kuantiti yang diberi. Saya hanya guna 1 sudu setengah baja organik dua minggu sekali.

Bagi yang menggunakan baja AB, pastikan bacaan ec meter tidak melebihi 1.5 ec. Tapi saya sarankan tuan puan menggunakan baja organik.

Jika pembajaan yang diberi terlalu kerap atau terlalu tinggi dosnya, daun kucai mudah rosak dan boleh mati.

4. Penjagaan

Dari segi penjagaan, pokok kucai tidak atau jarang terkena serangan perosak. Hanya sekali sekala saya semburkan dengan cuka kayu.

Di samping itu, penggunaan plant booster atau kita panggil sebagai vitamin pokok saya berikan seminggu sekali untuk memastikan daunnya lebat.

5. Penuaian

daun kucai

Gambar: Peringkat mula berbunga. Masa ini benih masih muda (kiri), bunga kucai (kanan) – Mohd Amri

Bagi penuaian (harvest), teknik yang selalu saya gunakan ialah dengan memotong 2 hingga 3 inci dari perdu. Selepas itu, pokok kucai akan tumbuh semula.

Jadi, tanamlah kucai tuan/puan di halaman rumah masing-masing. Banyak kegunaan dan khasiat kucai yang akan kita perolehi.

Baca juga: Buat 6 Teknik Asas Tanaman Dari Lelaki Ini & Lihatlah 3 Jenis Pokok Cilinya Sihat-Sihat Belaka!

Sumber: Mohd Amri

FT Image: Mohd Amri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×