Dapur

Rahsia Tanam Daun Selom Hidup Lebat Merimbun & Ini Teknik Berkebun Tepi Dapur!

53
SHARES
cara tanam daun selom

Buat penggemar ulam selom, inilah masanya untuk memeriahkan laman rumah anda dengan tanaman sayuran sihat ini. Teknik yang dikongsikan Puan Ummi Ain sesuai digunakan untuk anda berkebun di tepi rumah atau tiada kawasan yang luas. Hanya mengikuti cara tanam daun selom di bawah ini, mudah hidup ulamnya.

Baca juga: Tukang Kayu Kongsi Petua AWET KAYU Gred Biasa Guna 2 Bahan, Tahan Bertahun Tak Rosak!

CARA TANAM DAUN SELOM

cara tanam daun selom

Gambar: Ummi Ain

Selom antara ulam yang saya gemar. Ini cara saya tanam semula batang ulam selom. Mungkin cara ini sesuai untuk yang berkebun tepi dapur dan tiada kawasan. Daun kesum pun saya buat cara macam ini, lebih mudah hidup.

Bahan-bahan:

  • Batang selum ada sedikit pucuk kecil
  • Serbuk akar/bawang merah
  • Cawan bersesuaian
  • Baja organik
  • Bekas polisterin tanaman dan tanah

Baca juga: 9 Petua Halau Semut Guna Bahan Dapur, Jimat Kos & Paling Penting Terus Lari!

Langkah-langkah:

cara tanam daun selom

Gambar: Batang selum bersama daun pucuk (kiri) dan akar keluar selepas seminggu direndam (kanan) – Ummi Ain

1. Potong daun yang hendak dimakan. Kalau beleh tinggalkan daun pucuk yang paling kecil sekali. Tapi kalau tak ada pun ok juga sebab akan keluar pucuk baru, cuma mungkin ambil masa lebih lama sikit untuk keluar pucuk baru.

2. Rendam batang selom tadi dalam air. Saya letak sikit serbuk akar, kalau tak letak pun tak apa.

3. Biasanya lepas seminggu akan mula keluar akar (boleh ketuk sikit bawang merah campur dalam air kalau tiada serbuk akar)

cara tanam daun selom

cara tanam daun selom

4. Bila dah ada akar, barulah cucuk ke tanah. In shaa Allah, lebih mudah hidup.

Saya tanam dalam polisterin saja. Ada juga polisterin yang tiada lubang dan saya lubangkan tinggi sikit dari paras tanah, yang ada lubang saya akan siram lebih sikit sebab daun selom suka tanah yang lembap.

5. Seminggu sekali saya letak baja. Apa-apa baja pun boleh, ikut apa yang saya ada. Baja saya guna semua yang organik (campur-campur guna baja tahi kambing, habuk bilis + serbuk kulit telur, baja PSB dan FAA MOL).

Sekarang saya tak pernah beli ulam selom sebab dah banyak saya tanam. Alhamdulillah. Cukuplah untuk makan sendiri, jamu kawan-kawan dan juga kalau jiran-jiran nak.

Baca juga: Ini Tips Kemas BILIK STOR Bersepah, Hasilnya Tak Sakit Mata & Senang Cari Barang!

Sumber: Ummi Ain via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

FT Image: Ummi Ain

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×