Deko & Hias

DIY Guna Bekas Aiskrim Tanam Pokok Kesum, Elok & Segar Merimbun Je Tumbuh!

76
SHARES
cara tanam daun kesum

Pokok kesum banyak digunakan di dalam masakan sebagai penambah aroma dan rasa pada hidangan. Namun, bukan mudah nak tanam pokok kesum. Malahan, terdapat pelbagai cara tanam daun kesum boleh digunakan seperti kaedah selfwatering pot atau hidroponik, yang dikongsikan oleh Puan Rosnah Ramli ini.

Melalui perkongsian Puan Rosnah Ramli, anda tidak perlu membeli bekas atau pasu khas untuk menanam pokok kesum. Cukup sekadar bekas aiskrim di rumah, pokok kesum tetap tumbuh meriah dan segar!

Baca juga: Tips Mudah Racun Rumput Liar, Tabur Saja Garam Kasar Esoknya Dah Kering Mereput!

CARA TANAM DAUN KESUM

cara tanam daun kesum

Gambar: Rosnah Ramli

Hai, saya nak kongsi petua tanam kesum jadi segar.

Bahan diperlukan:

  • Bekas berpenutup
  • Batang kesum
  • Baja AB
  • Air secukupnya
  • Pisau

Langkah-langkah:

cara tanam daun kesum

Gambar: Rosnah Ramli

Baca juga: Cara Mudah Cuci KERAK Cawan Guna 1 Bahan Je, Kurang 5 Minit Terus Bersih Berkilau!

  1. Tebuk penutup bekas sebesar batang kesum.
  2. Kemudian, cucuk cucuk je batang kayu kesum itu dekat penutup tersebut.
  3. Air dicampur sedikit dengan Baja AB (saya letak setengah penutup mineral baja A dan baja B).
  4. Tutup bekas dan letakkan di tempat redup bukan di bilik air atau kawasan dapur, sebaiknya letak di bawah pokok yang besar dan rendang.

Jangan lupa tukar air bila warnanya dah bertukar gelap. Ganti dengan air dan baja yang baru.

Selain itu, biarkan batang kesum terendam di dalam bekas air baja tersebut dan tidak perlu dipindahkan ke tanah apabila sudah tumbuh membesar.

cara tanam daun kesum

Gambar: hasil akarnya – Rosnah Ramli

Baca juga: Tutorial Tanam Ros Jepun ‘Bunga Pukul 10’, Tanaman Paling Mudah Semai & Jaga!

Tips bagi permulaan tanam:

  1. Petik daun kesum tinggalkan batang saja.
  2. Daun daun kecil pergi bawa ke dapur masak asam pedas.

Petua tebuk lubang:

  1. Bakar hujung pisau tajam dekat api dapur.
  2. Kemudian cucuk dekat penutup bekas agak-agak sebesar batang kesum.

Siap! Semoga bermanfaat.

Baca juga: Guna 2 Bahan Magik Ini Je, Kotoran Hitam Degil Pada KASUT PUTIH Terus Hilang!

Sumber: Rosnah Ramli via Group Beginner Tanam Pokok Dan Sayur

FT Image: Rosnah Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×