Deko & Hias

Cara Tanam Daun Kesum, Dalam 3-4 Hari Dah Tunjuk Hasil!

54
SHARES
cara tanam daun kesum

Daun kesum sering digunakan dalam juadah harian terutamanya untuk memasak laksa dan juga asam pedas. Memang sedap kalau ada daun kesum ini dalam masakan. Ditambah pula dengan baunya yang begitu harum.

Namun untuk mendapatkan daun kesum di luar mahupun pasar agak sedikit susah dan mahal. Kalau nak tanam daun kesum dan hasilnya lumayan, apa kata cuba cara tanam daun kesum yang dikongsi oleh Cik Embun. Lepas ini petik belakang rumah sahaja. Tidak perlu keluar dah.

Baca juga: Cara Tanam Kobis Bunga & Brokoli Dalam Polybag, Lepas 3-4 Bulan Dapat Hasilnya

CARA TANAM DAUN KESUM, DALAM 3-4 HARI DAH BERHASIL

Cara saya tanam kesum, dan paling mudah hidup setakat ni, guna pucuk muda, siram dengan bancuhan baja kopi. Anti gagal. 

– Patahkan pucuk-pucuk atas dalam 5 ke 6 dahan, terpulang masing-masing. Selepas itu, cucuk dalam pasu lain, hari pertama memang layu lembik macam tak ada harapan, tapi biarkan. Siram manja-manja dengan bancuhan baja kopi (jangan terkena daun)

cara tanam daun kesum

– Perhatikan, nampak dah hijau-hijau halus. Kalau nak lagi cantik pastikan tanah ada cacing. Saya memang kumpul cacing dalam pasu.

cara tanam daun kesum

Cara bancuh bancuhan kopi:

  • 4 liter air
  • 1 sudu makan baja kopi
  • Larutkan (Siram jangan kena daun)

cara tanam daun kesum

cara tanam daun kesum

Senang sahaja kan? Daun kesum pun hidup dengan subur. Selamat mencuba!

Sumber: Cik Embun Kembali Via Berkebun Untuk Beginner

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×