Dapur

Resepi Laksa Tomyam, Sekali Hirup Memang ‘Terangkat’!

26
SHARES
resepi laksa tomyam

Sebut sahaja laksa pasti kita sudah terbayangkan pelbagai jenis laksa yang ada di setiap negeri dalam Malaysia. Bagi anda yang merupakan ‘hantu laksa’, pasti semua jenis laksa sudah dicuba dan ada yang menjadi kegemaran. Selain itu, anda juga boleh cuba resepi laksa tomyam yang lebih lain sikit dari laksa biasa. Sekali hirup kuahnya memang terangkat dan kaw!

Baca juga: Resepi Nasi Goreng Viral, Nampak Simple Tapi Padu!

RESEPI LAKSA TOMYAM, MEMANG KENA CUBA!

Menu ni terinspirasi dari seorang influencer masakan di mana menu ni beliau telah share dalam IG beliau…. Nampak sedap & menarik… Saya pon apa lagi, terus mencuba. Alhamdulillah, menjadi… Sedap sangat-sangat. Di bawah nie saya share sekali resepi LAKSA TOMYAM ni & anda boleh mencuba membuatnya… Memang recommend sangat.

Bahan-bahannya :

-¾ cawan perencah tomyam

-½ cawan cili kisar

-1 tin besar sardin dibuang sosnya & diblend halus

-1 tin kecil sardin di buang sosnya kemudian isinya dilenyek kasar

-2 kotak santan

-3 pokok daun ketumbar

-3 – 5 keping asam keping

-2 batang serai

-3 helai daun limau purut

-Sedikit lengkuas

-Sos ikan, garam & serbuk perasa

-Air secukupnya

Bahan-bahan sampingan :

-Sebungkus laksa Siam/ laksa halus ( di rebus)

-Timun

-Bawang besar

-Kobis

-Bunga kantan dihiris kecil

-Cili api

-Limau kasturi

-Telur rebus

Cara-caranya :

1. Masukkan perencah tomyam, cili kisar, serai & lengkuas yang dah diketuk di dalam periuk, tumis sekejap hingga pecah minyak ( jangan letak minyak ye, just masuk semua bahan dalam periuk ja sebab perencah tomyam tu dah ada minyak )

2. Kemudian masukkan sardin yang dikisar tadi bersama dengan air ( kuantiti air bergantung banyak mana kuah yang kita nak )

3. Masukkan jugak sardin yang dilenyek & bunga kantan kemudian biarkan kuah mendidih

4. Bila dah mendidih, masukkan asam keping, daun ketumbar, daun limau purut & semua bahan perasa berserta dengan santan

5. Bila dah cukup rasa yang kita nak kemudian masukkan baki santan… Biarkan mendidih sekali lagi, tutup api

6. Hidangkan bersama dengan laksa halus yang dah direbus beserta dgn bahan-bahan sampingan tadi.

resepi laksa tomyam

Selamat mencuba!

Sumber: Shah Shatry

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×