Dapur

7 Idea Menu Open House Hari Raya Selain Nasi, Jangan Risau…Tetamu Kenyang Sampai Esok!

2
SHARES
menu open house

Apabila tiba Hari Raya Aidilfitri sudah semestinya akan meriah dengan adanya seluruh ahli keluarga bersama. Malah, kemeriahan ini akan bertambah apabila terdapat pelbagai jenis makanan yang bakal disajikan dan semuanya sedap-sedap belaka. Buat anda yang bakal mengadakan rumah terbuka, mesti dah jemu asyik sediakan menu open house berasaskan nasi sahaja kan?

Jadi, kali ini apa kata anda sediakan menu rumah terbuka tanpa nasi dengan 7 pilihan makanan di bawah. Walaupun tanpa nasi, tetamu tetap akan kenyang sampai esok!

Baca juga: Cara Masak Beras Basmathi Supaya Lembut & Peroi, Ada 4 Pantang Larang Jangan Buat!

7 MENU OPEN HOUSE HARI RAYA SELAIN NASI

1.Laksa

menu open house

Foto: che nom

Menu pertama yang popular untuk dimasak ketika acara rumah terbuka sempena Hari Raya adalah laksa. Malah, menu laksa ini juga banyak mengikut kepada beberapa negeri seperti, laksa Kedah, laksa Penang, laksa Johor dan laksa Sarawak. Selain rasanya sangat sedap, laksa juga sangat mengenyangkan selain dari makan nasi. Kalau anda di Pantai Timur boleh sediakan laksam juga.

2.Soto

menu open house

Foto: che nom

Buat penggemar soto, ini merupakan menu wajib disediakan pada Hari Raya pertama dan juga semasa rumah terbuka. Bukan sahaja menjadi kegemaran orang dewasa malah soto juga sangat sesuai dimakan oleh kanak-kanak. Boleh juga pilih sama ada anda nak buat bergedil ataupun tidak, janji kenyang!

3.Mi kari

Ini merupakan antara menu yang bakal ada di setiap open house tidak kira di mana sahaja anda berada. Anda juga boleh menyediakan mi kari ini mengikut cara tradisional ataupun Chinese style iaitu disediakan bersama kerang rebus. Memang sedap dihirup ketika panas.

4.Bihun sup

Foto: che nom

Siapa cakap bihun sup daging atau ayam hanya popular ketika Hari Raya Aidiladha sahaja? Untuk open house Hari Raya Aidilfitri, bihun sup pun menjadi kegemaran ramai tau! Tambah pula kalau anda sediakan bersama sambal cili merah (untuk Utara) atau sambal cili kicap dan dimakan bersama tulang daging, memang bermangkuk-mangkuk tambah.

5.Pasta

Dah bosan menu tradisi Melayu? Tidak mengapa kalau sekali-sekala tekak rasa nak makan makanan Barat ketika rumah terbuka kerana berikut merupakan beberapa idea anda boleh cuba. Antara menu Western yang boleh dihidang semasa rumah terbuka adalah, pasta goreng, spaghetti bolognaise, Mac n’ Cheese dan lasagnia.

6.Sate

Sate merupakan antara menu sampingan yang wajib ada setiap kali perayaan Hari Raya Aidilfitri terutama untuk orang Johor. Namun, sate juga adalah pilihan untuk disajikan setiap kali ada open house besar-besaran ataupun di rumah sahaja kalau anda rajin untuk menyediakannya. Walaupun bukan menu utama, sate sangat mengenyangkan dan boleh menjadi pengganti nasi.

7.Bihun putih + cili kicap

Foto: che nom

Adakah anda tengah cari menu yang mudah untuk dimasak tetapi rasanya tetap enak? Bihun putih atau bihun Singapore merupakan pilihan yang tepat. Sediakan sahaja menu ini ketika rumah terbuka bersama rakan-rakan dan ahli keluarga dan pastinya mereka akan kekenyangan sampai ke malam!

*Kalau terlebih rajin dan terlebih bajet, nak sediakan semua makanan ini semasa rumah terbuka pun boleh!

Baca juga: 10 Idea Hidangan Popular Untuk Open House Raya, Confirm Tetamu Puji Melambung!

Sumber: MyResipi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×