Dapur

10 Idea Hidangan Popular Untuk Open House Raya, Confirm Tetamu Puji Melambung!

43.9K
SHARES

“Minggu depan nak buat open house, hmmm nak masak apa eh…”

Dah selesai pergi beraya di rumah jiran dan rakan-rakan, tibalah masanya untuk mereka pula datang ke rumah kita. Tapi, hidangan apa yang nak dimasak untuk tetamu datang menjamu selera ya? Buat anda yang masih keliru dengan menu untuk open house nanti, berikut merupakan beberapa cadangan popular berserta resipi yang boleh dicuba.

1. Mi Rebus

1.kentang + keledek (rebus)

2.cili kering

3.udang kering (blender halus smua bahan 1,2,3)

-sos cili
-sos tiram
-asam keping

-rebus semua sekali (tak perlu tumis, tambah air shaja)

-gula melaka,gula, garam (secukup rasa).Dah menggelegak tambah air lagi, bancuh tepung ubi dengan air masukkan (pekatkan kuah)

Bahan lain

-mee (celur)
-telur rebus
-tauhu goreng
-cucur tepung + daun bawang
-bawang goreng
-cili hijau besar
-limau kasturi/nipis

boleh juga tambah

-sawi rebus
-tauge celur
-fishcake goreng
-cili padi

2. Nasi Ayam

Ayam seekor jangan potong
1biji bwg besar
3 ulas bwg putih
1 inci halia
*blend n lumur pd ayam perap jap 1/2 jam atau lebih

-Rebus ayam dalam air panas menggelegak 5-6 minit..air dah panas baru masuk ayam..kalau nak kulit cantik glowing wajib tutup periuk.
-angkat ayam dan sapu dengan:
5sudu sos tiram
2sudu kicap manis
1 sudu madu
1sudu minyak bijan
*pastu gantung jap ayam dlm 1/2 jam atau lebih bagi ayam kering jap..nanti goreng kulit cantik dan takla meletop..cara goreng saya dah nyatakan kt ⤴

NASI= beras 4pot

*1biji bwg besar
*3ulas bwg putih
*1inci halia
Semua *diblend
Kiub ayam 2
Garam 2 sdt
-Cairkan majerin 2sudu..tumis bahan blend dan daun pandan..masuk kiub ayam dan garam..serbuk kunyit hujung sudu teh..masuk air rebusan ayam..dan masuk beras. Sukatan air 2kali ganda dari masak nasi biasa.

SOS CILI

Cili kering dah blend 1/2 senduk nasi. Cili merah besar 4bj blend dengan 5ulas bawang putih. Sos cili 1/2 cawan. Gula lebih..garam..cuka. Masak semua bahan tambah air sikit. Dah masak cili letak air tepung jagung agak2 nk pekat mana.

KICAP AYAM

Bwg putih 5ulas cincang
Sos tiram 1/2 cawan
Kicap manis 1/2 cawan
Gula lebih
➡tumis bwg putih, minyak sikit je..masuk kicap sos tiram gula dan tambah air..dan pekatkan dgn air tepng jagung

3. Lontong

Resepi kuah lontong
( untuk resepi 1 tong flask)

Bahan2:

Terung -5 batang (potong serong)
Tauhu – 20 bji ( 1 biji potong 8 ) – di goreng
Tempe – 6 ketul ( potong nipis2) – digoreng
Suhuun – 3 pek kcik – rendam
Pucuk – 6 pek sederhana – rendam
Kacang panjang – 1/2kg – (potong serong)
Lobak merah – 6 batang ( potong memanjang)
Kobis – ikut suka nak banyak mana
Halia- seinci
Serbuk kunyit
Garam
Cili merah – 5 bji ( hiris nipis)
Bawang besar – 3 labu ( hiris nipis )
Santan sawit jenama khalis pek bsar – 4 pek
Udang kering – segengam (rendam)
Bawah putih – 1 labu (hiris nipis)

Cara-cara masak

1) tumis bawang putih , bawang besar, halia , udang kering , cili merah sehingga layu dan tumis bsama kunyit..
2) masukkan semua sayur tumis skit…
3 ) masukkan santan . Ikut pekat yg kita nak. Letak air skit skit dan garam.
4) bila sudah mngelegak masukkan suhun , tempe & tauhu ..
5.) Rasa secukupnya. Masukkan suhun dan pucuk . Masak shingga sayur empuk…

sambal tumis ikan bilis

1) rm3 cili kering buang biji dan rebus bg lembut *
2) rm2 bawang besar *
3) sedikit belacan kalau suka *
4) ikan bilis goreng garing dan ketepikan
cara memasak
1) blend semua bahan-bahan bertanda * sampai hancur
2) panaskan minyak anggarkan dan
tumis cili kering yg telah diblend tadi smpai garing dan pecah minyak
3) masukkan sedikit asam jawa, garam, gula dan juga ajinomoto kalau suka. biarkan hingga masak dan sedikit pekat dan perasalah sambal tersebut
4) biarkan sejuk sekejap baru masukkan ikan bilis yg dah siap digoreng tadi.
dah siap

4. Mi Kari

Bahan-bahan:

– 1/4 ekor ayam ( siap2 suruh penjual ayam cincangkan. Balik basuh bersih-bersih)
– Udang
– Daging hiris nipis
– Kerang direbus ambil isinya – kalau nak
– Fishball dan fishcake – kalau nak tapi KakMar letak.
– 2 Labu bawang besar
– 5 ulas bawang putih
– 1 bungkus kecil rempah kari daging babas warna hijau ( KakMar bancuh dengan sesudu cili blend dan air)
– 3 tangkai daun kari
– 1 batang kayu manis
– Bunga lawang
– Santan pekat paket kecik. Anggaran sebijik KakMar beli kat pasar.
– Air
– Sedikit air asam jawa
– Minyak untuk menumis
– Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan lain:

Mee kuning – basuh dan stimkan
Taugeh – basuh je tak perlu celur sebab lebih rangup.
Kacang panjang – stim
Daun sup, daun bawang – dihiris halus
Bawang goreng
Telur rebus
Tauhu kering – dipotong-potong

Cara menyediakan kuah:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih & kayu manis.
2. Agak garing masukkan daun kari dan rempah yang dibancuh dengan sedikit air dan cili blende.
3. Masak hingga naik minyak. Masukkan ayam, daging dan udang dan kacau sebentar.
4. Masukkan air asam jawa.
5. Kemudian masukkan santan.
6. Tunggu mendidih masukkan tauhu kering dan kerang.
7. Kemudian tambahkan gula dan garam ikut perasa korang.

5. Bihun Sup Tulang Utara

Bahan bahan

1 peket bihun
1 sudu makan atau kurang serbuk kunyit
Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah serbuk kunyit tadi..dah agak2 lembut bihun terus bilas dengan air paip..dan kemudian ditapis..

Bahan-bahan Sup Tulang

-1 kilo tulang dicampur sedikit daging pejal atau urat atau lemak lagi sedap supnya
-2 batang serai ketuk
-Halia lebih kurang 2 inci atau 3 inci diketuk
-4 ulas bawang putih ditumbuk
-4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
-1 batang kulit kayu manis
-Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
-Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
-3 bunga lawang
-4 biji buah pelaga
-Sedikit batang daun sup
-Air secukupnya menutupi daging..kalau lagi banyak air lebihkan ya bahan2 sup di atas..
-Masukkan semua bahan bahan didalam periuk..
-Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka..

*Lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup…kalau taknak buat pon tak apa..

Bahan-bahan cabai merah

Cili kering yang telah siap di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar
Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
Asam keping atau air asam jawa atau cuka
Garam
Gula
Tumis bawang kemudian masukkan cili ..masak sampai pecah minyak..masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka..garam dan gula..boleh juga masukkan sedikit sos cili jika taknak masukkan gula.

Bahan-bahan sampingan untuk dimakan bersama bihun

Daun bawang
Daun sup
Lobak masin
Bawang goreng
Tauhu digoreng

6. Bihun Singapore

Bahan-bahan

-Sebungkus bihun..rendam dengan air paip..saya rendam 1 jam bihun tu ekut taste brand masing2 ye (jangan sesekali dok p rendam dgn aiq panas noo..tu bihun hampa lembek kalau guna aiq panas..guna aiq paip biasa sja..)

-Sayur-sayur pon ikut citarasa masing-masing (sy guna jagung kecik,karoot,taugeh..)

-Lada hitam..sy blend kering 1 peket kecil tu..

-Sedikit udang..

-Sedikit isi ayam yg di potong kecil..

-daun bawang/daun sup..

-sebiji bawang besar & 5 ulas bawang putih..(ekut selera masing2 byk mna nk letak bawng putih..blend kedua2 nya sy letak air sikit je msa blend..

Cara memasak

-panaskan kuali, letak sedikit minyak..

-tumiskan bawang yg di blend..smpi naek bau..

-masokkan serbuk lada hitam..ekut hampa nk pedas mana noo..xmau pedas boh sikit jala..sy boh byk sbb baru sedap

-masukkan isi ayam & udang..kacau seketika..

-masokkan jagung kecil & karott..

-masokkan sedikit air paip..air coway/cuckoo pon boleh..saya boh air dalam anggaran 1 cawan lebih sikit cmtu jer..saya guna cawan teh tu yer..

-masokkan garam & pak aji..sy guna pak aji..klu yang tak guna tak pyah bubuh la noo..boh gula la kut kan kalau yang tak guna pak aji neh hehe..dah letak suma perasa neh try rasa sikit masin ok ke terlebeh masin ka..adjust la noo..sy main agak ja bila bab2 boh garam neh…

-dah ok rasa suma ..masok la bihun yang dh disejat air tuu..jgn xsejat plk aiq rendam bihun td..

-pastu goreng la smpai bihun tu lembut…api jgn kuat sangat..sedang2 dh laa..last skali masok taugeh dgn daun sup daun bawang..kacau2 sikit ttup api..

Siap utk di mkn hehe..hampa hias la dgn bawang goreng pastu taboq sikit daun sup daun bawang..

-nak lg sedap hampa bt la cabai kicap.

7. Pulut kuning rendang daging

BAHAN UTAMA

1 mangkuk Daging lembu yg telah dipotong dadu (saya pakai batang pinang sbb nk cepat)

BAHAN UTK TUMIS

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
(Diracik halus utk menumis)
1 batang kayu manis
2 butir bunga lawang

BAHAN A

– 10 tangkai cili kering dipotong, direndam dgn air panas kemudian blend kan dgn sedikit air
_________________________________________
– Sedikit air asam jawa

BAHAN B

– 3 ulas bawang merah
– 2 ulas bawang putih
– 2 batang serai
– 2 inci kunyit hidup
– 2 inci halia
– 2 inci lengkuas

(Bahan di atas diricih halus dan dikisar dgn sedikit air) – bahan di atas hanya utk kuantiti daging yg sedikit.. Blh gandakan bahan kalau daging lbh dr sekilo..

BAHAN C

– 2 cawan Santan (saya pakai santan kotak, cairkan dgn sedikit air, tp jangan cair sgt smpai hilang rasa lemak) kalau pkai santan fresh lagi sodappp.

Bahan Perisa

– Garam (saya tak pakai garam, saya pakai serbuk megi cukup rsa)
– Gula
– Ajinomoto (optional)

BAHAN D

-4 sdb Kerisik (bergantung pd kuantiti daging)

-2 helai daun Kunyit di racik halus

Cara cara

1.Panaskan sedikit minyak dlm kuali, gunakan api yg perlahan, tumiskan bawang merah dan bawang putih yg diracik halus, kemudian masukkan bunga lawang dan kayu manis tumis sebentar hingga naik bau..

2.Kemudian masukkan BAHAN A, tunggu sehingga cili betul² masak dan timbul minyak, kemudian masukkan air asam jawa..

Biarkan mendidih seketika..

3. Kemudian masukkan BAHAN B, kacau sebati. Biarkan mendidih dan betul² masak. (Jgn kuatkan api, nnti hangus dkt bawah. Wktu ni mmg lmbt sikit nk tggu air dr bahan blend tu kering, tp kena sabarrr kalo nk hasil dia trbaik) agak2 bahan td dh agak kering, masak dan sekata, masukkn BAHAN ASAS iaitu daging..

4. Kemudian terus masukkan BAHAN C iaitu santan. Kemudian perisakan dgn garam, gula, ajinomoto (optional) dan megi cukup rasa, Kacau bg daging, santan dan bahan lain td sekata, biarkan mendidih(ingt yaa, api biarkan kecil jgn nk cpt pnya psal, anda besarkan api, nnti hangus, x jadila rendang)

Agak-agak dah nak kering, masukkan BAHAN D.. Kacau lagi bg sebati, biarkan didih dlm 5 minit, siapp.. Sedia utk dihidangkan..

P/s: kenapa sy mention sruh pkai api yg kecil, supaya daging masak sekata.. Kalau pakai api besar, nnti bahan lain dh kering, tp daging msih liat dan blm masak. Kalau jenis tak sbar mcm sy, anda digalakkan pakai dging batang pinang sgt lembut dan cpt masak

8. Puding Triffle

A.

-Kek swiss roll ( perasa pandan)
-buah-buah campuran 1tin ( ekin gna hosen)

Cara-cara

-potong kek swiss roll dlm 1-2 inci dan masukkan dlm bekas
-tapis buah2 cmpuran,ambik air renjis2 ats Kek…. ( buah asingkan)

B.

-susu cair 1tin
-air satu tin susu
-gula 4-5sb
-garam secubit
-kastard 4sb

Cara-cara

-masukkan semua dlm periuk kacau sebati & bkak api…msk shgga likat n meletup2
-tuang kastard yg dh siap Keats bhn A tadi…
-ambik buah2 cmpuran tadi letak ats lapisan kastard….

C.

-jelly nona ( perasa strawberry) 1kotak
-air 400ml
(Msak ikut arahan dblkang kotak jelly)

Cara-cara

-tuang adunan jelly keatas lapisan kastard & buah2 cmpuran tadi…

9. Kuah Kacang Nasi Impit

4 cwn kacang tanah
4 sudu besar Cili kering
Gula merah stgh cwn
Gula putih stgh cwn
Bwg kecik 4 ulas
Bwg Putih 2 ulas
Stgh inci halia
1 inci lengkuas (Semua d atas bland ya)
Serai 2 batang( ketuk2 / bland pun boleh
Satu cwn air asam jawa
4 cwn air biasa( kalau pekat tmbh lgg air k)
Garam ,Gula dgn Seketul Pati Ayam knoss

Cara-cara

1. Grg kcg tanah dengan sedikit minyak bgi kekuningan… kemudian ketepikan

2.Dah sejuk kacang bland kasar-kasar .

3.Tumiskan bahan-bahan yang di bland tadi sampai pecah minyak… Masukkan Serai , Air Asam jawa, Sedikit Garam ,Gula dgn Pati Ayam ..Masak Sampai menidih kuah…last masukkan kcg tanah dgn 3 cwn air Biasa ..Masak sampai Kuah pekat ttp Api dh Siap.

10. Puding Roti

Untuk puding roti :

– 10-11keping roti gardenia
– 1/2 cwn susu pekat
– 1tin susu cair
– 2bijik telur ayam gred A (kalo gred B-3bijik)
– 1 sudu teh esen vanila
– kismis ( tak kisah color apapun)
– 2 sudu besar BUTTER ( cairkan )
– kacang pilihan ( gajus ke badam,ikut suka )

Cara buat bread puding :

– satukan susu pekat,susu cair,esen vanila,butter cair..kacau @ whisk sampai sebati.
– masukkan telur satu persatu & kacau.
-oles loyang dengan butter,koyak,susun roti & tuang bancuhan puding tadi..tabur kismis & kacang pilihan..
-bole buat 2-3layer,ulang step yg sama,susun roti,tuang bancuhan puding & tabur kismis & kacang pilihan..
-kukus 35minit @ bakar kaedah water bath 50min 170c ( bole tekan puding kalo pejal tu kiranya dh masak )
– sejukkan 2jam.

Bahan custard puding :

– 2cwn air
– 2 1/2 cwn santan kotak
– 1/2 cwn tepung kastard + 1/4 cwn air ( bancuh supaya x berketul..prepare last part )
– 1 1/2 cwn gula ( bole kurangkan kalo xnak manis)
– 10g serbuk agar2
– sedikit garam

Cara buat custard puding:

– masukkan 2 cawan air + serbuk agar2,bukak api slow kacau sampai larut.
– masukkan gula kacau lg sampai gula larut.
– masukkan santan & kacau lagi.
– ok prepare buat nie yer – bancuh 1/2 cwn tepung kastad dgn 1/4 cwn air.
– pastu masukkan dalam adunan puding tadi & kacau jangan stop,masukkan garam sedikit bagi rasa lemak2 gtew..
– nak bagi naik seri kastard tu bole la titiskan sedikit pewarna kuning telur, xletak pon xpa.
– kacau sampai likat & berkilat,mcm susu pekat camtula rupa dia…haaa kira dah masak lah tue.
– tuang atas puding roti tadi..sejukkan dalam peti ais..pastu bole ngap makan

Sumber : Nana Ismail

Most Popular

Waktu Solat

1 January 2017, Thursday
Subuh
00:00am
Syuruk
00:00am
Zuhur
00:00am
Asar
00:00am
Maghrib
00:00am
Isyak
00:00am

Waktu Solat Ini Dibawakan Oleh
Waktu Solat Malaysia

To Top