Dapur

Resepi MAKARONI GORENG Kaya Rasa & Mudah, Bila Pedas Lagi Sedap!

28
SHARES
resepi makaroni goreng

Nak buat makaroni goreng yang kaya dengan rasa, mudah sahaja! Anda hanya perlu ikut resepi makaroni goreng yang dikongsikan Aisyah Humaira di bawah.

Tambahan pula, bagi penulis sendiri nak lagi sedap menu pasta makaroni ini kena lebihkan cili api sebabnya lagi pedas lagi ‘kick’! Jadi, jom lihat resepi makaroni goreng yang mudah di bawah.

Baca juga: Ibu Buat Dip N Dip Jamuan Sekolah Anak, Sampai Kosong Bekas & Tip Coklat Sentiasa Cair!

RESEPI MAKARONI GORENG, SEDAP & PEDAS!

resepi makaroni goreng

Gambar: Aisyah Humaira

Pasta Macaroni goreng kaya dengan rasa. Ini Zie buat untuk jamuan raya di sekolah anak beberapa hari lepas.

Raya tinggal beberapa hari lagi yang mana nak buat open house bolehlah cuba menu ini. Sangat mudah dan pasti antara menu yang terawal habis.

Baca juga: ‘Trick’ Mee Goreng Basah Kekal Lembap, Tak Kembang & Berkuah Likat Sampai Esok!

Baca juga: Resipi CAKOI LABU Untuk Bayi Usia Bawah 2 Tahun, Anak Cerewet Mesti Jatuh Cinta!

Bahan-bahan:

resepi makaroni

Gambar: Aisyah Humaira

  • 1 bungkus macaroni
  • 1/2 cawan kecil Marjerin SERI PELANGI
  • 2 biji bawang holland dihiris dadu
  • 1 biji tomato saiz besar hiris kecil2
  • 3 sudu besar cili kisar /ciliboh (atau ikut pedas disukai)
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 1 mangkuk kecil isi ayam dihiris kecil²
  • 1 peket hotdong dihiris
  • 2 bungkus kecil fishball dibelah dua
  • 3 kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil penuh serbuk lada putih
  • 1 biji cupsicum merah dihiris dadu
  • 1 biji cupsicum hijau dihiris dadu
  • 1 biji cupsicum kuning dihiris dadu
  • Garam, gula secukup rasa dan air secukupnya

Baca juga: Resepi KUAH LAKSA UTARA ‘Portion’ Besar Buat Berniaga, Sesuai Untuk 500 Pax!

Cara penyediaan:

resepi makaroni goreng

Gambar: Aisyah Humaira

  1. Rebus makaroni dalam air mendidih dan masukkan 3 sudu besar minyak.
  2. Biar makaroni masak sehingga ia hampir lembut barulah terus angkat, toskan dan lalukan dibawah air mengalir supaya macaroni tidak terlebih masak.
  3. Panaskan kuali dan cairkan marjerin.
  4. Masukkan bawang lalu tumis hingga layu.
  5. Masukkan cili kisar tumis lagi hingga terbit bau.
  6. Kemudian, masukkan pula tomato dan tumis hingga tomato hancur.
  7. Masukkan sos tiram, sos cili, kiub pati ayam, garam, gula secukup rasa dan kacau sebati.
  8. Masukkan isi ayam, hotdong, fishball dan biarkan ayam masak.
  9. Akhir sekali masukkan makaroni yang telah direbus, kacau hingga sebati siap dan sedia dihidang.

Baca juga: Tips ‘FROZEN’ BUAH-BUAHAN Dari Pegawai Teknologi Pemakanan, Elok Je Tak Lebam!

Sumber: Aisyah Humaira

FT Image: Aisyah Humaira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×