Cakoi labu antara makanan yang boleh mama hidangkan kepada anak-anak yang bawah usia 2 tahun, terutamanya jika mereka agak cerewet kepada pemakanan. Cara penyediaannya juga mudah dan tak renyah! Jom lihat resepi cakoi labu untuk bayi berusia bawah 2 tahun seperti di bawah.
Baca juga: 7 Jenis Ikan Ini Boleh Bantu Otak Anak Jadi Pintar, Terutama Khasiat Omega-3!
RESEPI CAKOI LABU

Gambar: fienazshafieofficial
Cakoi labu versi anak bawah 2 tahun. Bukan setakat untuk anak, mak pun makan juga sebab itu letak sikit sos cili untuk mak makan. Tambah sikit garam gula ke dalam bancuhan adunan bagi lagi sedap hehehe.
Bagi anak bawah 2 tahun, pinggan yang tiada sos cili. Anak cerewet makan, apa kata bagi cuba resipi ini.
Baca juga: 30 Hari Menu Sahur Ibu Menyusu Kenyang Sampai Petang, Idea Berbuka Pun Ada!
Baca juga: 7 Snek Berkhasiat Pendamping Anak Semasa Buat ‘Homework’, Gerenti Lebih Fokus!

Gambar: fienazshafieofficial
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan labu
- 6 sudu besar tepung naik sendiri
- 1 sudu kecil serbuk ayam organik
- Plastik piping bag
Cara penyediaan:

Gambar: fienazshafieofficial
- Kukus cawan labu terlebih dahulu sehingga lembut dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Kemudian, lenyekkan ia dengan garfu sehingga hancur menggunakan sudu.
- Masukkan pula tepung naik sendiri dan gaul sehingga sebati.
- Tambahkan pula serbuk ayam organik dan sebatikan ia.
- Setelah itu, masukkan bancuhan ke dalam plastik piping bag.
- Sambil itu sediakan minyak panas di dalam kuali.
- Ambil piping bag berisi bancuhan, picit sehingga ia keluar ke dalam kuali dan gunting apabila bentuknya berupa panjang kecil.
- Setelah masak bolehlah ia diangkat.
Maka, siaplah cakoi labu untuk anak anda yang berusia bawah 2 tahun! Selamat mencuba.
Baca juga: 6 Buah-Buahan Ini Ada Sebut Dalam Al-Quran, Penuh Kebaikan & Bagus Beri Anak Makan!
Sumber: Fienaz Shafie
FT Image: Tiktok @fienazshafieofficial