Asuh

Ibu Ini Kongsi 6 Tips ‘Potty Training’ Seawal 2 Tahun, Bantu Anak Bebas Lampin Pakai Buang!

2
SHARES
tips potty training

Potty train merupakan proses melatih atau mengajar anak untuk menggunakan tandas sendiri tanpa perlu memakai lampin. Oleh itu, tips potty training yang dikongsikan Nur Hafiqah Shamsuri ini amat berguna buat parents, terutamanya yang masih baru bergelar ibu bapa dan tiada pengalaman lagi.

Jom ikuti 6 tips potty training di bawah!

Baca juga: Begini Caranya Urus Kain Baju Menimbun Untuk Anak Ramai, Tips Dari Mak Kepada Para Emak!

TIPS POTTY TRAINING SEAWAL 2 TAHUN

tips potty training

Ini CARA SAYA latih anak saya Farel Al Fateh. Alhamdulillah, 2Y1M Farel bebas pampers sepenuhnya siang dan malam.

1. Explain (terangkan)

Explain lah kencing itu apa, berak itu apa. Masa dia berak dalam pampers, saya akan cakap “eeee look so dirty”. Dia pun macam geli nak berak dalam pampers.

2. Demo (tunjuk cara)

Bagi dia tengok video kartun potty train dan saya ambil juga teddy bear, kemudian buka paip konon-konon air mengalir. Demo kencing letak atas toilet macam ini

Anak cepat ikut bila dia nampak. Bagi dia faham jika nak kencing berak di toilet.

potty train anak

Gambar: Nur Hafiqah Shamsuri

Baca juga: 7+ Tips Beli BAJU RAYA BAYI Lelaki & Perempuan, Anak Selesa Mama Papa Pun Bahagia~

3. Preparation (persediaan)

  • Beli potty train comel

Beli potty train comel untuk tarik minat dia. Ini WAJIB sebab punggung mereka kecil. Saya beli jenis ada tangga macam ini, senang boleh lipat. Dia boleh berdikari naik turun sendiri.

Pernah beli yang RM15 itu, berkarat. A big NO!

  • Potty train pants

Mula-mula bagi pakai seluar je, lepas itu biasa lah berterabur merata. Kemudian, terus beli potty pants ini, senang.

Terpulang, ada setengah taknak bagi anak pakai. Macam saya, saya bagi pakai untuk tidak memeningkan kepala saya.

  • Tilam

Sebaiknya beli sarung cadar yang waterproof macam ini. Jika anak terkucil tak terkena tilam, hanya basuh pelapik itu saja.

Ini memang saya syorkan. Tak adalah menggangu emosi kita nak bersihkan tilam pula nanti satu hal.

tips potty training

4. Plan (rancang)

Plan nak buat bila sebab memerlukan kerjasama antara suami isteri, susah untuk buat sorang. Awal-awal memang anak akan terkencing terberak merata.

Kelakar juga awal-awal itu laki bini kutip taik terabur. Dorang tak salah, benda baru belajar kan. Kita yang kena terangkan.

Baca juga: Profesor Kongsi Tips Latih Anak Berpuasa, Dari Usia 2 Hingga 12 Tahun Lain Kaedahnya!

5. Support & reward (sokongan & ganjaran)

Ini paling penting. Bagi semangat dan bila nampak dia kencing berak dekat toilet. Kami laki bini kemain bersorak macam tengok bola sambil tepuk tangan dan puji peluk cium.

Kami reward dia ice cream lepas itu, dia seronok sangat!

6. Set timer & keep remind (tetapkan pemasa & ingatkan anak)

Awal-awal kena set masa kerap sikit dan keep remind untuk kencing berak ke. Permulaan saya akan tanya tiap 10-15 minit dan bawa ke toilet tiap setengah jam, lama-lama dia akan terbiasa bagitahu.

Jika dah ok sikit siang saya set 1 jam sekali. Malam pula kena perhati dia minum air banyak ke tak? 

  • Kalau banyak, kerapkan kejut dia dalam 1-2 jam.
  • Kalau tak banyak boleh set 2-3 jam sekali.

Saya pakai pelapik tilam yang kalis air itu. Kalau terkucil ke tak kena tilam, ini bergantung pengalaman saya sebab anak saya waktu malam tak banyak minum.

Sekian. Saya izinkan untuk share. Goodluck!!

Baca juga: Ambil 3 Pendekatan Ini Buat Keluarga Yang Hadapi Dilema Anak Ramai, Baru Harmoni!

Sumber: Nur Hafiqah Shamsuri

FT Image: Odua Images | Shutterstock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×