Asuh

7+ Tips Beli BAJU RAYA BAYI Lelaki & Perempuan, Anak Selesa Mama Papa Pun Bahagia~

1
SHARES
tips beli baju raya

Salah satu tradisi Aidilfitri yang dilakukan dari tahun ke tahun ialah membeli pakaian baru hari raya. Bukan mama dan papa sahaja yang pakai baju raya, si kecil pun tak nak ketinggalan. Tips beli baju raya bayi yang dikongsikan di bawah ini, pastinya akan membantu mama dan papa di luar sana untuk mencarinya nanti!

Baca juga: 30 Hari Menu Sahur Ibu Menyusu Kenyang Sampai Petang, Idea Berbuka Pun Ada!

TIPS BELI BAJU RAYA BAYI

tips beli baju raya

Gambar: shopee

Terdapat banyak pilihan pakaian hari raya buat bayi dengan motif atau rekaan yang comel. Namun, anda perlu ingat bahawa model pakaian yang comel tidak semestinya selesa untuk si manja. Jadi, bila memilih baju raya bayi, ada baiknya mama dan papa utamakan keselesaan si manja supaya kekal selesa sepanjang hari raya.

Jom lihat, tips beli baju raya bayi lelaki dan perempuan berdasarkan pelbagai sumber.

Baca juga: Ambil 3 Pendekatan Ini Buat Keluarga Yang Hadapi Dilema Anak Ramai, Baru Harmoni!

BAJU RAYA UNTUK BAYI LELAKI

1. Baju Melayu bayi

Pilih baju Melayu yang khusus untuk bayi lelaki agar dapat digayakan pada hari pertama Syawal nanti.

Tambahan pula, sekarang ini sudah ada baju Melayu yang sudah disekalikan seluar atau baju dengan samping. Jadi, tidak perlu susah-susah untuk bayi sarung pakaian banyak kali.

2. Pilih material pakaian yang selesa

Material pakaian seperti kapas (cotton) adalah ringan dan sesuai untuk bayi kecil yang aktif. Paling penting, material ini dapat memberikan keselesaan kepada bayi terutamanya dengan cuaca Malaysia yang panas.

Antara material lain yang dicadangkan ialah linen, satin, rayon, buluh, fleece atau wol.

Baca juga: Profesor Kongsi Tips Latih Anak Berpuasa, Dari Usia 2 Hingga 12 Tahun Lain Kaedahnya!

3. Beli seluar yang berwarna plain

Seluar berwarna plain seperti nude, hitam atau biru boleh dipadankan dengan pelbagai jenis baju bayi. Malah, lebih memudahkan papa juga kerana tidak perlu membawa pakaian bayi yang banyak bila pulang ke kampung.

4. Tidak menghadkan pergerakan

Model pakaian ringkas juga patut diutamakan. Kanak-kanak akan cenderung menjadi aktif, terutamanya jika bertemu rakan sebaya mereka.

Memakai gaya pakaian yang ringkas akan memudahkan bayi bergerak dan melindungi mereka daripada pelbagai bahaya yang tidak dapat dijangkakan, seperti tersandung atau tersangkut.

Baca juga: Anak-Anak Jenis Susah Nak Disuruh? Rahsianya Kena Bina Rutin Mereka Dengan 5 Cara Ini!

BAJU RAYA UNTUK BAYI PEREMPUAN

tips beli baju raya

Gambar: djfhss

1. Baju kurung khas saiz bayi

Terdapat banyak koleksi baju kurung khas saiz bayi perempuan yang cantik dan comel di pasaran. Barulah anak dara kecil anda kelihatan manis pada hari pertama dan kedua Syawal.

2. Pilih pakaian bayi yang sepadan dengan ibu bapa

Sekarang ini amat mudah nak cari baju bayi perempuan yang sepadan dengan mama papa. Hal ini kerana, adanya koleksi set pakaian raya ibu dan anak dari pengeluar.

Malah, terdapat banyak pilihan fesyen baju dari segi warna dan design untuk si kecil anda. Pasti rambang mata!

Baca juga: 6 Tips Bantu Anak Pandai Bahasa Cina, ‘Parent’ Tak Fasih Cakap Bukan Halangan!

3. Material pakaian yang selesa

Sama seperti bayi lelaki, material pakaian bayi perempuan juga perlulah selesa dan sesuai untuk cuaca panas agar mudah mereka bergerak.

Juga, jangan membeli pakaian yang terlalu ketat mahupun longgar buat si kecil. Baju yang ketat membuatkan bayi kepanasan dan berpeluh, sementara baju yang terlalu longgar menyukarkan pergerakan mereka.

4. Stail pakaian raya

Pilihlah stail pakaian raya yang sesuai dengan aktiviti si kecil pada hari lebaran. Antaranya ialah dress, jubah atau kaftan akan lebih sesuai jika membawa si manja melakukan perjalanan jauh kerana senang menukar lampin atau ke bilik air.

Selain itu, jika ingin mengenakan gaun pada bayi perempuan anda, pastikan ukurannya melebihi paras lutut. Ini bagi mengelakkan ia terselak tinggi sehingga menampakkan lampin bayi atau seluar dalam yang dipakai mereka.

Baca juga: Doa Untuk Anak Dilindungi, Beza Cara Baca Untuk Anak Kecil & Dewasa, Moga Mustajab!

Sumber: Shop Hubby / Shop Hubby / Jurnalindo / The Asian Parent / Pop Mama

FT Image: frozenpennies

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×