Asuh

Tips ‘Packing’ Melancong Anak Ramai. Kemas & Teratur, 3 Beg Besar Je!

1.2K
SHARES
anak ramai

Memiliki keluarga yang besar seperti anak ramai sangat meriah suasananya apabila dibawa pergi bercuti. Memang tidak akan senyap kerana dapat mendengar dan melihat keterujaan dan kegembiraan anak-anak.

Namun, dalam pada itu tidak lari juga dari sedikit kesulitan untuk membuat persediaan sebelum pergi bercuti seperti mengemas beg. Hal ini kerana, ia memerlukan beg dan barang keperluan yang banyak. Justeru itu, ikuti tips ‘packing’ beg melancong seperti dikongsikan di ruangan akaun Susun Atur Sioca untuk sebuah keluarga yang ramai.

Baca juga: Wanita Kongsi Pengalaman & Tips Perjalanan Naik Sleeper Train Dari KL Sentral

ANAK RAMAI

Gambar hiasan: Google.

Tips packing ni bergantung juga beberapa faktor. Contoh nak balik beraya lain packingnya, nak bercuti lain pula, nak masak ke tidak waktu travel, nak pergi berenang ke nak pergi pantai, nak duduk berapa hari dan sebagainya. Semua itu nak masuk fikiran.

Untuk packing, selain fikir untuk mudah pack, saya akan ambil kira juga susunan dalam kereta dan semasa transit. Saya akan bayangkan beg ni siapa bawa, beg ni siapa pula, beg ni bergabung dengan beg mana, barang ni senang capai tak dalam kereta dan sebagainya.

Selain tu, membeli-belah semasa bercuti juga dihadkan supaya tak berlaku ‘pemberanakan’ beg yang keterlaluan. Harap perkongsian kali ni dapat membantu ibu ayah di luar sana bab packing-memacking.

Ini tips ibu ayah 4 orang anak ya. Kalau lebih, tambah kok begnya.

TIPS PACKING BARANG TRAVEL KEPERLUAN 4 ANAK

Untuk keluarga 6 ahli, rasanya cukup dah 1 beg besar untuk baju. Biasanya saya akan bawa 3 baju siang dan 2 baju malam untuk anak-anak. Nak rotate hantar je dobi atau basuh sendiri.

Beg kanan sekali tu ada tuala, telekung, sejadah, toto, dan selimut tambahan.

Yang asasnya ada 3 beg ni:

  • Beg besar untuk baju.
  • Beg kecil selain baju.
  • Beg belang untuk toiletries.

Selain 3 beg asas ni, ada:

  • Beg makanan/minuman.
  • Beg swimming.
  • Beg laptop.

Susunan dalam kereta. Beg makanan/minuman di depan. Beg swimming dalam bonet. Habis minimum dah packing ni. Kalau kena camping, kakak pingsan.

KEPERLUAN BEG TOILETRIES & BERSIAP

Dalam beg belang ada:

  • Beg toiletries.
  • Beg bersiap.

BEG TOILETRIES

Beg toiletries belakang tu dah 10 tahun. Beli di Cosway Rm13. Beg bersiap pula dari Mr Diy. Barang dalam beg ni semua tak unpack lepas balik. Dok dalam ni sampai next travel.

Botol sabun dan syampu beli di Mr Diy, ada lock supaya tak terkeluar isinya kalau tertekan. Bekas berus gigi pula beli di Shopee. Saiznya tak bulky dan muat 2 berus gigi dewasa.

Selain tu, saya letakkan plastik kecil (warna merah tu) untuk buang diapers. Plastik kecil macam tu ada jual di Mr Diy, cari bahagian pet.

BEG BERSIAP

Barang bersiap, semua beg ni beli di Mr Diy.

Dalam beg ‘others’ ada barang-barang ni.

Bekas minyak rambut beli di Mr Diy. Barang lain dalam bekas asal sebab saiz travel already.

KEPERLUAN BEG MAKANAN  & MINUMAN

Beg makanan (merah) dan minuman (biru). Guna beg sandang berbanding bakul supaya lebih mudah transit. Beli di Shopee.

Barang dalam beg makanan. Kadang penuh juga dengan keropok, ayam goreng, bihun goreng, dll. Kalau travel jauh mudah siap-siapkan makanan camni, lapar terus berhenti makan.

Barang yang bertanda ✅ lepas ni semua saya letak dalam beg biru merah ni ya.

BEG BERAS

Kalau nak masak, saya bawa beras je. Lauk biasanya beli atau bawa sambal kering. Pun laju berdesup dah tu. Untuk storan beras, siap-siap packing untuk sekali masak. Guna ziplock.

PERIUK NASI TRAVEL

Masak guna konsep kukus. Sekali masak satu pot maksimum. Beli di Shopee.

BEKAS SUDU

Sudu siap bekas beli di Mr Diy.

ALAS MAKAN

Guna alas ni senang kemas, konsep macam saprah. Beli di Shopee.

SUPPLEMENT

Suplemen wajib (kihkih sori bukan first aid eh)

BEG MEMBASUH

Selain itu, bekas biru ni pula untuk storan keperluan membasuh; berus pinggan, berus botol, dan sabun.

PENYAPU MINI

Kadang hotel tak ada penyapu kan, asyik panggil room service nanti ngamuk lak depa. Sikit lagi kakak bawa mop. Letak dalam ziplock supaya habuk tak sepah.

PLASTIK SAMPAH

KEPERLUAN BEG SWIMMING

Beg swimming.

SET BEG PAKAIAN MANDI ANAK

Dalam beg swimming ada barang-barang ni. Ada 4 beg ni untuk anak-anak. Sorang satu beg dan setiap beg ada:

  • 1 tuala mini.
  • 1 baju swimming.
  • 2 hanger.

Beg ni juga akan letak baju ganti. Jadi, lepas mandi, anak-anak akan ambil beg sorang satu, pergi bersiap, masukkan baju basah, dan balik terus gantung.

FOLDER HANGER & TALI PENGGANTUNG

Folder hanger ni beli di Shopee juga.

Kalau perlu membasuh, saya akan bawa sabun, berus, dan tali penggantung ni untuk menyidai. Kalau pergi umrah, boleh cuba tips ni sebab kos dobi di sana agak mahal.

Keadaan susunan beg di hotel.


Luggage di lantai.

Sumber: Facebook Susun Atur Sioca

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×