Asuh

Ibu Bapa Jangan Biasa Tukar Baju & Tayang Tubuh Depan Anak, Ada Sebabnya Islam Larang!

21
SHARES
salin baju depan anak

Perbuatan salin baju depan anak, mungkin dipandang ringan oleh sesetengah ibu bapa. Namun, tanpa disedari kebiasaan itu boleh mempengaruhi pemikiran yang kurang baik terhadap anak kecil.

Kenapa tak elok ibu ayah salin baju depan anak dan apa kesannya? Ikuti perkongsian video dikeluarkan oleh Pa&Ma yang menemu bual Kaunselor Keluarga, Tuan Haji Hushim Salleh.

Baca juga: Doa Anak Lambat Bercakap, Ikhtiar Cara Ini, InsyaAllah Lancar Mulut Si Kecil Bertutur

SALIN BAJU DEPAN ANAK, BOLEH KE?

salin baju depan anaksalin baju depan anak

Gambar: tirachardz

Menurut Tuan Haji Hushim Salleh, dalam Islam ibu bapa perlu menjaga aurat di hadapan anak-anak, biarpun mereka masih kecil lagi dan tidak tahu berkenaan aurat dengan jelas. Hal ini kerana, anak-anak kecil ini sudah pandai melihat.

Tingkah laku tidak menutup aurat di hadapan anak adalah perkara yang tidak digalakkan dalam Islam. Sebagaimana agama suci ini yang memandang tinggi tentang akhlak, termasuk lah menjaga aurat.

Kenapa tidak bagus ibu bapa menyalin baju di hadapan anak-anak?

Jelas Tuan Haji Hushim Salleh, kemungkinan terdapat bahagian aurat tubuh ibu bapa yang terdedah apabila menukar baju di hadapan anak-anak. Maka, secara tidak sengaja si kecil akan melihat aurat anda.

Tambahan pula, aurat kanak-kanak di bawah 10 tahun belum ada lagi aurat yang boleh mendedahkan kepada nafsu. Namun, ia sebaliknya berbeza kepada orang dewasa.

Sambung beliau lagi, pada hari ini ramai dalam kalangan kanak-kanak mudah terdedah kepada pelbagai jenis kartun dan filem. Di mana, tanpa anak ini sedari mereka telah menonton perkara-perkara yang tidak sepatutnya, termasuklah yang tidak menutup aurat.

Pada masa yang sama, ibu bapa pula tanpa segan silu mendedahkan auratnya di hadapan mereka, dan perkara ini adalah tidak sihat. Sebaiknya, tukarlah baju anda sekiranya tiada keberadaan anak-anak di sekeliling tempat tersebut. Jadikan ia sebagai satu kebiasaan.

Baca juga: NAFAS Bayi Bunyi Kuat Seakan Berdengkur? Awas, Si Kecil Mungkin Alami Penyakit Ini!

Sudut psikologi berkenaan pengaruh fikiran manusia

Dalam psikolgi, kebiasaannya pemerhatian dan penglihatan akan mempengaruhi pemikiran seseorang. Sebagai contoh, seseorang yang sudah biasa membaca Al-Quran pada setiap hari, akan timbul rasa rindu apabila tidak membacanya.

Begitu juga dengan anak-anak yang melihat perkara tidak elok, apabila dia melihat benda yang tak sepatutnya di rumah, tibanya di sekolah berkemungkinan dia akan cenderung terhadap sesuatu yang dilihatnya.

Justeru itu, beliau menyeru ibu bapa di luar sana agar berhati-hati ketika ingin menukar baju. Jangan tukar baju di hadapan anak-anak, meskipun anda berada di dalam bilik atau di ruang tamu.

Jaga lah aurat anda sebagai seorang Islam dan model yang baik kepada anak-anak supaya sehingga besar mereka dipengaruhi dengan akhlak Islam yang sebenar. Kita jaga akhlak kita depan anak-anak, Allah jaga keluarga kita.

Sumber video:

Baca juga: Tepuk-Tepuk Tak Keluar Bunyi, Mama Kena Buat Pergerakan Ini Baru BAYI SENDAWA!

Sumber: Pa&Ma

FT Image: freepik / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×