Asuh

NAFAS Bayi Bunyi Kuat Seakan Berdengkur? Awas, Si Kecil Mungkin Alami Penyakit Ini!

2
SHARES
masalah nafas bayi berbunyi

Mama dan papa, cuba perhatikan bayi anda yang masih kecil. Adakah mempunyai masalah nafas bayi berbunyi kuat yang seakan berdengkur, terutamanya ketika menangis. Sekiranya bayi dalam keadaan sedemikian, anda perlu berhati-hati.

Hal ini kerana, melalui perkongsian bermanfaat dari MedTweetMY, bayi anda mungkin menghidapi Laryngomalacia. Justeru itu, mari ketahui dengan lebih lanjut mengenai Laryngomalacia di bawah.

Baca juga: Tepuk-Tepuk Tak Keluar Bunyi, Mama Kena Buat Pergerakan Ini Baru BAYI SENDAWA!

MASALAH NAFAS BAYI BERBUNYI KUAT

masalah nafas bayi berbunyi

Gambar: TheNemoursFoundation/KidsHealth

“Dr, anak saya sejak umur 6 bulan ini semakin kuat bunyi dan berbunyi nafasnya, seolah-olah macam berdengkur. Lebih-lebih lagi ketika menangis. Kenapa ya Dr.?”

AWAS!!! Anak anda mungkin menghidapi LARYNGOMALACIA. Jom fahami apa itu LARYNGOMALACIA..

Apakah itu Laryngomalacia?

  • Merupakan masalah congenital dalam kalangan bayi yang disebabkan oleh saluran pernafasan bahagian tisu larinks (kotak suara) yang lembut atau pra-matang.
  • Merupakan masalah paling biasa dalam kalangan bayi yang hadapi nafas berbunyi.

Faktor penyebab?

  • Punca utama tidak diketahui. Faktor penyumbang kerana struktur larinks yang kekurangan otot atau rawan yang rapuh menyebabkan tisu larinks menutupi saluran pernafasan. Biasanya berlaku kepada bayi pramatang.
  • GERD juga boleh menyumbang kepada masalah ini.

Gejala?

  • Nafas berbunyi semasa menarik nafas. Menjadi teruk semasa menangis atau menelentang (ketara ketika berumur 6-8 bulan).
  • Masalah penyusuan (lama, terganggu dan tersedak)
  • Masalah kenaikan berat badan (lambat)
  • Cyanosis (menjadi kebiruan)
  • Apnea (berhenti bernafas)

Baca juga: Petua Legakan PERUT KEMBUNG Guna Daun Ketumbit, Anak Tak Nangis Lagi!

Kenalpasti?

masalah nafas bayi berbunyi

Gambar: USMLE AID

  • Akan dirujuk kepada Doktor Pakar ENT untuk pengesahan.
  • Flexible laryngoscopy akan dijalankan (bedside atau dewan bedah + bronchoscopy) untuk melihat terus struktur pada bahagian saluran pernafasan larinks.

Rawatan?

  • Sekitar 90% akan sembuh tanpa sebarang rawatan. Kebiasaanya akan sembuh pada umur 18-24 bulan (jika gejala ringan sahaja)
  • Tetapi jikalau terdapat masalah kenaikan berat badan, masalah penyusuan atau kesukaran bernafas yang teruk, pembedahan akan dilakukan jika perlu.

Konklusi

Sila kongsi jika bermanfaat.

Baca juga: Cara Nak Hentikan Bayi Dari Menangis, Doktor Ajar Buat Pergerakan Ini

Sumber: MedTweetMY

FT Image: / Suzanne DeChillo-The New York Times /

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×