Asuh

Jangan Paksa Bila Anak Tak Suka Makan, Mama Kena Buat 4 Perkara INI Rangsang Sensorinya!

28
SHARES
Anak Tidak Suka Makan

Masih ramai ibu bapa di luar sana yang berhadapan dengan situasi anak tidak suka makan. Pelbagai cara dilakukan tetapi isu masih berlarutan. Puas dipujuk pun, anak tetap tak mahu makan.

Melalui perkongsian Puan Aishah yang menjawab persoalan yang dikirimkan padanya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan si kecil tidak mahu makan dan antaranya adalah isu sensori. Di mana, anak yang tidak cukup mendapatkan rangsangan sensori akan memberi kesan pada perkembangan lain.

Jadi, apa anda perlu buat? Mari lakukan 4 perkara di bawah!

Baca juga: Berapa Lama Bayi Perlu Bermain Setiap Hari? Mama Papa Ini Jawapannya!

ANAK TIDAK SUKA MAKAN? IBU BAPA KENA BUAT PERKARA INI!

anak yang tidak suka makan

Bila anak tak suka makan memang ada banyak faktor dan salah satunyanya adalah ia berkait rapat dengan isu sensori. Bila sensori anak tak cukup dirangsang, secara tak langsung akan beri kesan juga pada perkembangan yang lain.

Jadi, apa yang ibu bapa boleh buat?

Baca juga: Rupanya Ini Tiga Tips Tambah Ketinggian Anak Bawah 18 Tahun

1. Perbanyakkan aktiviti messy play

Messy play sangat bagus untuk merangsang sensori anak. Buat aktiviti dari pelbagai tekstur. Memang mula-mula anak akan rasa geli. Paling penting, buat aktiviti secara konsisten untuk bantu anak sebab sensori anak masih boleh dilatih.

2. Perkenalkan satu makanan dalam satu masa

Bagi anak peluang untuk mencuba pegang dan rasa. Contohnya nak bagi anak makan nasi. Ajak anak basuh beras sama sama, galakkan dia gaul dan rasa texture beras. Bila nasi dah masak, minta tolong anak sendukkan nasi dalam pinggan kita.

3. Sediakan pinggan yang menarik dan mengikut minat anak

Penyediaan makanan yang kreatif pun boleh menarik perhatian anak anak.

4. Makan bersama-sama dan main suap-suap 

Ini paling penting, makan bersama-sama dan main suap-suap antara satu sama lain. Ibu suap ayah, ayah suap ibu. Bukan saja dapat bonding, dalam masa yang sama anak dapat belajar makanan apa yang dia tengah makan.

Jangan paksa anak makan tapi bantu anak dengan cara perbanyakkan aktiviti yang boleh bantu merangsang sensori anak.

Baca juga: Hati-Hati, Tak Selamat Makan Ikan Tinggi Kandungan Merkuri & Ini Senarainya!

Sumber: Twitter Aishah

FT Image: apollocradle

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×