Asuh

Rupanya Ini Tiga Tips Tambah Ketinggian Anak Bawah 18 Tahun

35
SHARES

Kepada ibu bapa yang masih memiliki anak berusia bawah 18 tahun, anda belum terlambat untuk mengamalkan tips ketinggian yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia (PHM) untuk mereka.

Mana tahu dengan tiga tips yang diberikan ini dapat membantu serba-sedikit perubahan kepada ketinggian anak-anak anda. Paling penting, amalan gaya hidup sihat yang betul buat si kecil amatlah penting bagi membantu tumbesaran mereka jadi lebih baik.

Baca juga: Ajar Anak Makan Buah Betik Sekali Bijinya, Boleh Kurangkan Masalah Cacing Dalam Badan

TIGA TIPS TAMBAH KETINGGIAN ANAK BAWAH 18 TAHUN

Jika anda perasan;

  • Anak anda jauh lebih kecil dan rendah dari rakan sebaya.
  • Sering sakit, lemah dan tidak aktif.
  • Masih muat pakaian yang dipakai beberapa tahun lalu.

Jangan ambil mudah, MUNGKIN anak anda mengalami masalah bantut.

TIPS MENAMBAH KETINGGIAN ANAK!

Gambar hiasan: BigStock

Apa tips untuk menambah ketinggian mereka?

1. AKTIVITI FIZIKAL

Bergayut dapat meningkatkan kekuatan otot upper body dan tangan. Ini membantu untuk membaiki posture berjalan atau duduk. Sebarang aktiviti fizikal juga merangsang hormon pertumbuhan (growth hormon).

2. PEMAKANAN

Untuk hasilkan pertumbuhan tulang yang sihat dan otot, kanak kanak perlukan pemakanan yang sihat yang mengandungi vitamin, mineral & protein yang tinggi.

Jika anak jenis picky eater dan tidak makan sayur, buah dan produk tenusu anda perlu membuat strategi dengan pelbagaikan menu.

3. TIDUR

Pastikan mereka cukup tidur. Tidur awal dan tidur pada waktu yang tetap. Hormon pertumbuhan dirembeskan semasa sedang tidur.

Kurangkan penggunaan gadget.

Ini culprit yang paling sukar untuk ibu bapa. Anak sudah ketagih gadget, nak buat aktiviti fizikal memang tidak berminat. Waktu tidur pun mungkin terganggu.

“TIPS INI UNTUK KANAK-KANAK BERUSIA 18 TAHUN KE BAWAH SAHAJA…”

Menerusi ruangan komen pula, PHM menjelaskan lagi bahawa tips tinggi ini hanya digunapakai untuk kanak-kanak di bawah 18 tahun sahaja.

Manakala, bagi golongan dewasa pula ketinggian sudah tidak boleh ditambah namun, aktiviti fizikal mampu membaiki postur badan anda dan nampak ‘terletak’.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×