Asuh

Cara Ajar Bayi Minum Air Masak, Boleh Guna Cawan Tertentu Saja Bukan Sembarangan!

1
SHARES
bayi minum air masak

Mama papa nak tahu tak? Antara perkara pertama yang anda kena latih bayi seawal boleh mula makan makanan pejal adalah minum air masak dari cawan. Menurut Doktor Amalina Mohd Daud, adalah penting mengajar dan melatih bayi minum air masak dengan kaedah yang betul untuk memperkenalkan mereka air.

Malah, terdapat juga jenis-jenis cawan yang boleh digunakan dan perlu dielakkan oleh bayi agar tidak mengganggu kemahiran motor mulut, pertuturan dan sebagainya. Jom lihat perinciannya di bawah.

Baca juga: Guna 5 Ayat ‘Keramat’ Ini Pada Anak Sulung, Supaya Tak Rasa Adiknya Sebagai ‘Pencabar’!

BAYI MINUM AIR MASAK

bayi minum air masak

Gambar: Dr. Amalina Mohd Daud

Melalui perkongsian Dr. Amalina, sebaik sahaja bayi mula bercerai susu kepada makanan pejal, ia adalah masa yang baik untuk memperkenalkan mereka kepada air masak.

Tujuan air masak diperkenalkan adalah untuk biasakan bayi dengan rasanya tapi bukanlah untuk menghilangkan dahaga. Biarpun air masak tidak dimaksudkan untuk menghilangkan dahaganya pada usia ini, adalah penting untuk mengajar dan melatih bayi kaedah yang betul untuk memperkenalkan air.

BOLEH GUNAKAN:

  • Jenis cawan terbuka (open cup)
  • Cawan straw (straw cup)
  • Botol straw (straw bottle)

Mulakan beri air masak dengan cawan jenis terbuka

Baca juga: Nak Anak Kuat Hadapi Cabaran? Ini ‘RAHSIA’ Kemahiran Urus Diri Mama Boleh Ajarkan!

bayi minum air masak

Gambar: TalkWithMe

Kemudian beri bayi cawan straw apabila pandai

  • Cawan straw kuatkan otot di bahagian mulut yang membantu perkembangan kemahiran memberi makan (feeding skill) dan pertuturan
  • Cawan straw lebih kalis bocor dan sesuai dibawa ketika keluar

Beri anak botol straw yang lebih berat apabila…

  • Anak boleh mengangkat botol tersebut
  • Anak pandai buka dan minum sendiri
  • Tangan anak boleh memegang penuh botol

Malah, anda juga boleh mula memberi susu ibu atau susu formula melalui cawan juga. Selain itu, terhadkan pengambilan air masak kepada 4oz sehari untuk bayi berusia kurang setahun. Sekiranya bayi masih dahaga, berikan susu.

ELAKKAN:

  • Cawan sippy (sippy cup) –  Mengganggu perkembagan motor mulut dan menyebabkan masalah pertuturan
  • 360 cup – Menyebabkan rahang bayi kedepan dan pergerakan lidah serta perkembangan motor mulut terganggu

Baca juga: Batuk Anak Asyik Tak Pulih, Ibu Kongsi 4 Kaedah Mujarab Selain Ubat, Memang Berkesan!

Sumber: Dr. Amalina Mohd Daud

FT Image: Pinterest

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×