Asuh

Aktiviti Merangsang Perkembangan Bayi Bawah 1 Tahun, Ada 8 Cara Boleh Guna!

36
SHARES
aktiviti merangsang perkembangan bayi

Pasangan yang baru sahaja bergelar ibu bapa, sudah pasti ingin memberikan bayi mereka permulaan yang terbaik dalam hidup. Di mana, sebahagian besar daripada menyokong perkembangan awal otak bayi ialah melalui rangsangan. Disebabkan itu, pakar ada berkongsikan aktiviti merangsang perkembangan bayi yang sesuai untuk bayi bawah usia 1 tahun.

Menurut seorang Pakar Pediatrik Hospital Kanak-Kanak Ottawa, Alyson Shaw, ibu bapa tidak perlu melalui proses yang rumit untuk meningkat daya otak si kecil. Cukup sekadar menggunakan rutin harian yang anda lakukan di rumah bersama keluarga.

Baca juga: Nak Dapat Anak Cepat, Cuba 7 Posisi Hubungan Badan Ini, Baru Cepat Hamil!

8 AKTIVITI SESUAI UNTUK BAYI BAWAH USIA 1 TAHUN

aktiviti merangsang perkembangan bayi

Gambar hiasan: Google.

Malah, ia boleh menjadi sebahagian ringkas daripada rutin baharu anda. Berikut adalah lapan aktiviti harian yang dapat membantu perkembangan si manja anda seperti dipaparkan dari sumber rujukan Today’s Parent.

AKTIVITI MERANGSANG PERKEMBANGAN BAYI

1. MENYUSU IBU ATAU MENYUSU BOTOL

aktiviti merangsang perkembangan bayi

Gambar hiasan: Google.

Menyusukan bayi bukan sahaja memberi ikatan di antara ibu dan anak, malah ia juga merupakan peluang yang baik untuk membuat otak bayi berfungsi.

“Apabila bayi dilahirkan, mereka boleh fokus pada wajah ibu dari jarak dekat semasa proses penyusuan,” kata Shaw.

Hal ini kerana, semasa posisi mengendong ibu dan anak akan saling bertatapan malah saling memberikan ekspresi muka. Sebaiknya, anda membalas dan mengulangi percakapan untuk membantunya belajar membentuk perkataan dan bercakap.

Sekiranya bayi menyusu dengan botol, letakkan dia di ketinggian paras dada ibu untuk memastikan si kecil berada cukup dekat untuk fokus pada muka anda.

2. KELUAR MEMANDU

Menyanyi merupakan aktiviti bebas tangan yang akan meningkatkan perkembangan otak bayi, di mana ia boleh dilakukan semasa memandu kereta.

Menurut pakar, “apabila ibu bapa menyanyi kepada bayi, mereka sering menyanyi dengan pelbagai intonasi yang menarik untuk bayi.” Hal ini kerana, lagu boleh memperkenalkan perkataan baharu dan rentak berulang yang penting untuk perkembangan bahasa.

Nyanyian juga mengajar bayi tentang rima yang penting untuk berjaya membaca nanti.

3. MENUKAR LAMPIN

Menurut pakar, menukar lampin bayi adalah masa yang sesuai untuk membawa bahasa ke dalam kehidupan bayi. Bercakap dengannya tentang apa yang anda lakukan dan apa yang akan berlaku seterusnya.

“Bayi boleh menjangkakan corak yang berlaku dalam kehidupan sehariannya. Jika anda menukar lampin bayi sambil menyanyikan lagu terterntu, si kecil akan mengetahui rutin apa yang sedang berlaku,” jelas Shaw.

4. WAKTU MANDI

aktiviti merangsang perkembangan bayi

Gambar hiasan: Google.

Ia bukan sekadar mandi sahaja, ia adalah waktu untuk matematik dan sains! Hal ini kerana, bayi gemar menuang air dari satu bekas ke bekas yang lain.

Semasa si kecil anda gembira bermain di dalam tab mandi, dia juga belajar tentang sebab dan akibat, cara graviti berfungsi dan memerhati isipadu air dan “ini merupakan kemahiran awal matematik,” ujar Shaw.

5. MEMBELI-BELAH BARANGAN RUNCIT

Apabila anda meletakkan bayi di dalam ‘stroller’, pakar mencadangkan ibu bapa untuk meluaskan kamus bayi. Anda boleh menerangkan bau, bentuk dan sebagainya.

Benarkan bayi untuk menyentuh produk yang ada seperti buah-buahan. Anda juga boleh menyebut warna dan mengira buah-buahan semasa meletakkannya di dalam beg. Bayi anda pasti menggemarinya!

6. BERSIAR-SIAR

Pakar menyatakan, terdapat banyak faedah yang bayi perolehi sekiranya dibawa keluar berjalan-jalan. Tunjukkan bayi tentang persekitaran di sekeliling seperti langit, pokok, burung sambil menamakannya.

Dan tingkatkan perkembangan otak bayi dengan menggunakan perkataan untuk menerangkan keadaan kawasan yang kalian lalui seperti “jalannya lancar,” “jalan di sini penuh dengan lubang.”

Jika ‘stroller’ bayi menghadap anda, ia akan membantu proses pertuturan si kecil. Di mana, bayi akan dapat melihat mulut ibu bapa semasa membentuk perkataan.

7. MASA MAKAN

aktiviti merangsang perkembangan bayi

Gambar hiasan: Google.

Terdapat pelbagai jenis aktiviti boleh dibuat bersama bayi sewaktu makan. Contohnya, dengan menghamparkan plastik di atas lantai dan meletakkan makanan di atasnya untuk bayi bermain sambil makan. Ia bukan sekadar memberi keseronokan malah memberi peluang kepada bayi untuk mempelajari sesuatu objek.

Kemahiran menggenggam sudu dan garfu sambil mengambil ‘finger foods’ adalah kemahiran motor halus yang penting. Anda juga boleh menggunakan masa makan untuk mengajar bayi tentang perkara baharu seperti tekstur yang berbeza dan menerangkan perbezaan antara suhu panas dan sejuk.

8. WAKTU TIDUR

Ramai ibu bapa memasukkan aktiviti bercerita sebelum tidur sebagai sebahagian daripada rutin harian yang terakhir. Kata pakar, ia merupakan cara terbaik untuk meningkatkan perkembangan otak bayi.

Luangkan masa dengan membaca atau hanya menunjukkan gambar di dalam buku kepada bayi semenjak bayi baru lahir lagi.

Sumber: Today’s Parent

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×