Ibu bapa mana yang tidak risau apabila si kecil masih lagi tidak pandai menulis, walaupun sepatutnya pada usia tersebut perkembangan motor halus ini sudah perlu dimahirkan.
Sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh Doktor Redza Zainol, perkembangan motor ini perlu dipraktiskan secara perlahan-lahan dan bersesuaian mengikut usia kanak-kanak. Malah, sekiranya si kecil sudah ketinggalan dalam menulis anda boleh cuba lakukan aktiviti yang dicadangkan seperti di bawah.
Baca juga: Rupanya 13 Jenis Makanan Ini Tak Sesuai Beri Anak Makan Ketika Sakit
AYAH RISAU NAK UMUR 5 TAHUN MASIH BELUM PANDAI MELUKIS BULATAN

Gambar hiasan: Google.
Jarang nak nampak ayah yang setekun ni. Nampak dia bersungguh nak tahu perkembangan anaknya di klinik.
“Doktor, isteri saya setiap malam ajar dia menulis huruf. Tapi tak pandai-pandai. Satu huruf sampai 1 jam dia ajar.” Buntu wajah si ayah.
Sebenarnya perkembangan motor halus jari anaknya ketinggalan. Dah umur 5 tahun lebih, tapi dia masih belum pandai melukis bulatan.
Cuba kita fikirkan, bayi yang baru lahir pun perlu belajar duduk dulu, merangkak, berdiri dan kemudiannya barulah berjalan. Ada prosesnya.
“Kalau isteri ajar anak menulis huruf sekarang, umpama kita minta bayi yang baru belajar duduk untuk terus bangun berlari.
Dia belum sampai tahap tu lagi.” Ayahnya melopong.
LATIHAN PERKEMBANGAN MOTOR HALUS MENGIKUT UMUR SI KECIL
Saya pun terangkan:
- Usia 13 bulan – boleh mula menconteng
- Usia 2 tahun – menconteng berbentuk bulatan
- Usia 2.5 tahun – boleh lukis garis menegak “I”
- Usia 3 tahun – boleh lukis bulatan
- Usia 4 tahun – boleh lukis segi empat
- Usia 5 tahun – boleh lukis “X” (pangkah)
Barulah ayah ni tersedar jauhnya anak dia ketinggalan. Mukanya berkerut dan nampak risau. Saya cuba tenangkan ayah ni.
“Apa saya nak buat ni?”
AKTIVITI PERKEMBANGAN MOTOR HALUS UNTUK ANAK YANG TELAH KETINGGALAN

Gambar hiasan: Google.
Saya pun cadangkan buat dulu aktiviti ni:
1. MAIN TAMPAL DAN CABUT STICKER
Latih anak untuk bersedia pegang pensel.
2. MAIN SEPIT BAJU
Bila sepit pakaian pada penyepit, anak belajar koordinasi antara otot tangan dan pandangan mata.
Ini dipanggil sebagai visual motor coordination.
3. BALING DAN SAMBUT BOLA
Bantu tingkatkan fokus anak untuk melihat objek dari jauh jadi makin dekat.
Bantu skil menyalin tulisan dari papan putih.
4. LUKIS SECARA BEBAS ATAS KERTAS MAHJUNG YANG DITAMPAL PADA DINGING
Bantu kuatkan “core muscles” anak.
Cukuplah 4 aktiviti ni dulu. Ada buku percuma saya nak kongsikan dengan mak ayah di bahagian komen. Bantu saya kongsikan pada mak ayah yang lain ya.
Sumber: Facebook Redza Zainol