Selain pemakanan, bahan ramuan yang terdapat dalam kelengkapan mandian anak juga perlu dipilih dengan lebih berhati-hati dan teliti. Terutamanya kelengkapan mandian bayi yang baru lahir, anak ekzema atau mempunyai masalah kulit.
Melalui penerangan dari Puan Mazliana Mazlan, kulit kanak-kanak 30% lebih nipis dari kulit orang dewasa. Inikan pula, kulit bayi yang baru lahir. Imuniti boleh jadi semakin rendah sekiranyan tersalah pilih kelengkapan mandian anak. Justeru itu, jom baca 6 bahan ramuan yang perlu dielakkan ini.
Baca juga: “Layan Macam Raja Bukan Merajakan”, Ini 4 Fasa Mendidik Anak Cara Rasulullah S.A.W
6 BAHAN RAMUAN MANDIAN ANAK PERLU DIELAKKAN
Hati-hati pilih kelengkapan mandian anak. Terutama untuk bayi di awal kelahiran, anak eczema atau yang ada masalah kulit.
Kulit anak, tak sama macam kita yang dewasa. Kulit anak 30% lebih nipis dari kulit kita. Apetah lagi kulit bayi yang baru lahir kan.
Tersalah kita pilih kelengkapan mandian buat anak, makin lama makin rendah imuniti anak disebabkan toksik dari bahan ramuan yang ada, banyak yang terserap ke badan anak.
KELENGKAPAN MANDIAN BAYI: ELAKKAN 6 BAHAN RAMUAN INI
Elakkan 6 bahan ramuan ini, dari kelengkapan mandian anak. Kita dah selalu baca label makanan, jom kalini kita belajar 6 item utama yang tak boleh ada dalam kelengkapan mandian anak pulak okay.
1. FRAGRANCE

Talc dan fragrance. Pertama dan kedua dalam bahan ramuan.
- Nama lain parfum.
- Lebih 99% produk akan ada fragrance, hati-hati untuk anak eczema, dan juga asthma.
2. MINERAL OIL

Mineral oil dan fragrance. Kena elakkan keduanya.
- Banyak digunakan dalam minyak rambut, losyen, cream diaper pun ada.
3. PARABEN
- Ganggu keseimbangan hormon anak.
4. PHENOXYETHANOL

4 yang terakhir, Phenoxyethanol.
- Gangguan pada sistem saraf.
5. SODIUM LAURYL (ETHER) SULFATE

Bahan ramuan number 2. Sodium lauryl ether sulfate.
- SLS, SLES, sodium dodecyl sulfate, sodium PEG lauryl sulfate.
- Dalam shampoo, sabun, apa-apa je untuk hasilkan buih.
6. POLYETHYLENE GLYCOL (PEG)

Ada PEG dekat sini.
- Biasanya akan disertakan nombor selepas PEG. Lagi rendah nombor, lagi tinggi kadar serapan.
- Boleh buatkan kesan alergi pada anak.
Lepas ini, kita cuba belajar belek bahagian rak sabun mandi anak pulak. Organ kulit paling terbesar, anak mandi 2 kali sehari. Sebaiknya kita cari sabun mandi yang baik, terutama untuk anak-anak yang kulit sensitif.
Sabun pilihan terbaik untuk anak eczema dan kulit sensitif boleh beli di sini. Kita cuba sama-sama ya.
Sumber: Facebook Mazliana Mazlan