Buat sesiapa yang baru bergelar ibu bapa mesti anda hanya mahukan yang terbaik buat si manja kan? Kalau boleh, segala kelengkapan dan produk keperluan mereka mestilah lengkap dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Tambah-tambah lagi apabila nak pilih produk penjagaan kulit bayi, kenalah betul-betul teliti kerana kulit si manja ni bukan macam kulit orang dewasa. Selain itu, bayi pun baru nak menyesuaikan diri dengan dunia baharunya, takut tersalah pilih produk, boleh menyebabkan bayi terdedah kepada masalah kulit ataupun alergi!
Jadi, jom kami kongsikan kenapa kulit si manja perlukan penjagaan dan produk khas buat mereka..
Kulit bayi belum matang sepenuhnya seperti kulit orang dewasa
Buat orang dewasa, kalau nak tukar-tukar produk mandian ataupun penjagaan kulit, jarang ada masalah. Tapi, ibu-ibu tak boleh buat perkara yang sama untuk si manja anda tau! Ini kerana, struktur kulit bayi dan orang dewasa adalah berbeza.
Kulit bayi baru lahir memerlukan peralihan memandangkan semasa dalam kandungan ia dah terbiasa dengan persekitaran lembap seperti air. Jadi, ianya perlu mengambil sedikit masa dan bukan mudah untuk kulit bayi menyesuaikan diri dengan persekitaran yang lebih kering selepas dilahirkan.
Selain itu, sistem imun si manja juga masih belum matang, jadi bayi sangat mudah untuk mendapat jangkitan ataupun terdedah kepada masalah kulit.
Kulit bayi lebih nipis dan sensitif
Kalau anda perasan, selepas dilahirkan, kulit bayi sangat-sangat lembut. Tetapi kulit bayi juga sebenarnya adalah 30% lebih nipis dan 10 kali lebih sensitif daripada kulit orang dewasa!
Walaupun kulit si manja juga boleh menyerap lembapan dengan segara berbanding kulit orang dewasa, namun ia juga boleh kehilangan lembapan atau air 2 kali ganda lebih pantas dan membuatkan kulit si manja anda menjadi kering.
Si manja cenderung untuk mendapat akne bayi
Bayi pun ada jerawat? Haa..kalau anda nak tahu, lebih kurang 20% daripada bayi di dunia akan mempunyai akne bayi. Biasanya, akne ataupun milia ni muncul dalam bentuk jerawat, ruam ringan ataupun bintik putih, terutamanya di bahagian muka dan biasanya sembuh sendiri dalam tempoh beberapa bulan pertama.
Ia disebabkan kalenjar peluh yang belum matang atau mungkin daripada hormon ibu hamil. Walaupun biasanya akne bayi akan hilang sendiri, tetapi anda tetap kena pastikan kulit si manja mendapat penjagaan yang khusus.
Paras pH kulit bayi agak berasid
Kalau anda nak tahu, kulit bayi agak berasid dengan paras pH 5.5. Mantel dan permukaan berasid ini sebenarnya melindungi kulit bayi itu sendiri daripada ruam dan kerengsaan akibat persekitaran. Sebab tulah penting untuk anda memilih produk penjagaan kulit yang tepat supaya kulit si manja mendapat keseimbangan pH yang betul.
Ini kerana, jika pH asid kulit bayi tak seimbang, ia akan mengakibatkan kulit bayi kering, bermasalah seterusnya kehilangan kelembutannya.
Cetaphil, formula yang dipercayai untuk si manja mendapat penjagaan terbaik! Ia juga lembut dan mesra bayi!
Memandangkan kulit bayi sangat halus dan sensitif, ibu bapa kena beri perhatian lebih agar si manja tidak terkena iritasi kulit dan kulit tetap sihat terpelihara serta lembut sentiasa. Sebab itulah, ibu-ibu harus memilih Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash sebagai teman mandian dan Cetaphil Baby Daily Lotion bagi penjagaan kulit si manja!
Kalau anda nak tahu, 10/10 para ibu bersetuju bahawa Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash yang terdiri daripada 1/3 pelembab dengan aloe vera dan minyak badam terbukti dapat membersihkan dan melembapkan kulit halus si manja anda.
Selain itu, formulanya yang hypoallergenic, mempunyai kadar pH seimbang, bebas paraben dan bebas kandungan sabun adalah selamat serta tak pedihkan mata si manja. Ia juga tidak mengandungi minyak mineral dan derivatif haiwan.
Bukan itu saja, kandungan bahan-bahan seperti aloe vera dan shea butter yang terdapat dalam Cetaphil Baby Daily Lotion pula membantu menenangkan, melembapkan kulit si manja dan memberi penghidratan selama 24 jam! Yang paling penting, produk-produk ini dirumuskan oleh pakar kulit dan disyorkan oleh pakar pediatrik!
Cetaphil Baby Daily Lotion With Shea Butter Pemenang Utama Try and Review Awards!
Oh ya, baru-baru ini, Cetaphil Baby Daily Lotion With Shea Butter telah disenaraikan sebagai 10 finalis teratas dalam kategori Baby di Malaysia untuk Try and Review Awards 2021 dan juga dinobatkan sebagai Pemenang Utama bagi kategori tersebut.
Bukan itu je, ia juga mendapat penilaian keseluruhan 4.9/5 di laman web Try and Review, berdasarkan undian dan ulasan ibu-ibu di Malaysia. Wow, syabas!
Dengan formula Cetaphil yang dipercayai ni, pasti si manja anda akan mendapat penjagaan terbaik dan tertunggu-tunggu rutin mandian yang lebih menyeronokkan setiap hari!
Apa tunggu lagi, jom dapatkan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash dan Cetaphil Baby Daily Lotion di Shopee atau Lazada hari ini juga!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Cetaphil ataupun Facebook mereka.