Terdapat 4 fasa untuk mendidik anak-anak melalui cara Rasulullah S.A.W. Dalam fasa mendidik anak ini, ibu bapa perlu menyantuni anak dengan cara merajakan, perhambakan, berkawan dan penasihat berdasarkan tahap umur mereka.
Namun, janganlah sampai anda menyalah tafsir mengenai cara menyantuni anak-anak seperti yang disebutkan di atas. Merajakan bukan maksud tunduk kepada anak dan perhambakan bukan maksud menzalimi mereka. Mari ikuti penjelasan dari saudara Mohd Fhais Salim di bawah.
Baca juga: Video ‘Nursery Crimes: Suriram’ Raih Perhatian, Beri Mesej Kesedaran Mengenai Sexual Grooming
DIDIK ANAK SEBAIK MUNGKIN DENGAN IKUTI CARA BAGINDA
FASA MENDIDIK ANAK CARA RASULULLAH S.A.W SEBAGAI IKUTAN
FASA PERTAMA
Ramai salah faham bila kata fasa pertama 0-6 tahun kena layan anak macam raja. Layan macam raja bukan bermaksud merajakan sungguh anak tu, “ampun tuanku..”
Bukan semua kehendak dan kemahuan anak tu kita kena ikut bulat bulat. Bukan bukan!
0-6 tahun, otak anak serap maklumat macam sponge. Rugi la jika tak ambil peluang ini didik yang elok-elok, lagi rugi kalau terlampau manjakan anak masa ni.
Layan macam raja kat sini bermaksud sayang dia sepenuh hati, belai dengan kasih sayang dan pastikan anak selesa serta rasa selamat dengan kita. Salah satu sebabnya ialah otak anak masa ni sangat rapuh, fragile dan mudah retak. Sikit rasa takut pun dah boleh buat anak tu traumatik.
FASA KEDUA
Fasa kedua pula kata kena layan anak macam hamba. Ini pun ramai salah faham. Sungguh sungguh perhambakan anak, sedikit pun tak bagi ruang untuk anak jadi budak-budak.. salah tu!
7-4 tahun adalah masa untuk kita didik anak tentang displin dan tanggungjawab. Dua benda paling mustahak jadi manusia.
Itu sebab 7 tahun dah kena didik tentang solat. Solat itu tanggungjawab, dan buat 5 waktu setiap hari itu la displinnya. Layan macam hamba tu bermaksud anak dah tak boleh bebas seperti dulu, boleh bermain tapi cukup masa kena solat dan ada tanggungjawab lain.
FASA KETIGA
Fasa ketiga layan anak macam kawan. Jangan jadi lawan anak. Ini fasa remaja makin kita lawan dia makin dia rasa tak perlukan kita. Makin jauh la dia nanti.
Peliknya masa ni la ramai ibu ayah yang makin kuat marah, makin lantang suara, makin kuat kongkong anak. Hmm..
Jadi kawan dia, tempat dia mengadu, tempat dia rujuk, tempat dia minta nasihat dan jadi orang pertama anak cari jika ada masalah bukan terakhir. Percayalah cakap saya.. makin anak meningkat remaja makin banyak perkara yang anak sorokkan dari kita.
21 TAHUN & KE ATAS
21 tahun ke atas pula disarankan kita jadi penasihat kepada anak sahaja. Biar anak tentukan halatuju hidupnya sendiri.
Jika 3 fasa tadi betul cara didiknya pasti masa ini tidak apa yang kita nak risaukan, Insya Allah. Kita didik anak bukan untuk kesenangan kita, tapi kita didik dia supaya dia tak susahkan hidupnya kemudian hari.
Wallahu a‘lam.
Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim