Asuh

Rupanya Ada Rahsia Nak Bagi Anak Mudah Mengantuk, Doktor Saran Guna Bahan Ini

46
SHARES

Tidur memainkan peranan penting bagi perkembangan otak kanak-kanak. Otak dan tubuh mereka dapat membesar dan berkembang dengan baik apabila peroleh tidur yang cukup.

Jika anak anda sukar tidur pada waktu malam, Doktor Mazliana Mazlan menyarankan penggunaan epsom salt di dalam air rendaman mandian si kecil. Menurutnya, epsom salt mengandungi magnesium yang begitu penting dalam badan kanak-kanak kerana dapat membantu anak dapat tidur lena.

Baca juga: Doktor Kongsi 5 Kaedah Bina ‘Self-Esteem’ Anak-Anak, Jangan Jadikan Anak ‘Tikus Eksperimen’

RUPANYA ADA RAHSIA NAK BAGI ANAK MUDAH MENGANTUK

Saya beli di farmasi kat rumah je.

Semua rumah kena ada epsom salt tau.

Saya suka betul rendam anak dalam air epsom salt. Tak kira masa. Anak pun syok betul berendam.

Sehari sekali. Ambil 1 cawan epsom salt, masuk dalam air suam. Buat waktu mandi petang. Anak mudah mengantuk malam nanti, tidur lebih nyenyak insyaAllah.

Bila anak demam, tak sihat, batuk atau selsema, saya akan kerapkan buat. Dua atau tiga kali sehari. Dari lemah tak larat, segar anak setiap kali lepas rendam. Kahak pun banyak keluar.

KENAPA EPSOM SALT?

Dalam epsom salt ada magnesium.

Magnesium bantu untuk relax kan otot anak, bantu untuk tenangkan sistem saraf anak. Magnesium antara suplement transdermal yang paling selamat untuk anak-anak kecil.

Lebih 325 proses biologi dalam tubuh badan anak perlukan magnesium. Kalau tak cukup magnesium, maknanya akan ada fungsi sistem badan yang akan terganggu.

Macam garam kasar, tapi jangan makan pulak ye.

Dan ramai sebenarnya anak-anak yang tak cukup kandungan magnesium dalam badan mereka.

Dalam makanan, magnesium ada pada bayam, kacang, dark chocolate, pisang, tofu, dan sebagainya. Tapi anak kecil makan bukannya dalam kuantiti yang banyak kan.

KEPENTINGAN MAGNESIUM PADA TUBUH ANAK-ANAK!

Jommmm letak air suam dan epsom salt dalam baldi.

Magnesium penting untuk;

1. Tidur anak yang baik.

2. Perbaiki mood anak.

3. Lebih fokus.

4. Kuatkan tulang dan gigi.

5. Berikan energy secukupnya untuk anak.

6. Sihatkan otot dan saraf.

7. Membantu penyerapan vitamin dan mineral lain.

8. Tingkatkan imuniti badan anak.

Jenuh suruh dia kecilkan diri sampai tak nampak badan. Menurut perintah betul hahaha.

Lepas anak main waktu petang, korang ajak rendam dalam bath tub. Kalau tiada, guna baldi macam saya pun boleh. Malam mesti anak tak meragam sangat, lajuuu je nak masuk tidur.

Korang cuba k. Epsom salt ni 1.2 kg, harga tak sampai RM 20 pun. Boleh cari di farmasi berdekatan.

Mazliana Mazlan,

Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×