0-6 Bulan

Tak Tahu Nak Pilih Produk Mandian Yang Sesuai Dengan Si Manja? Nah, Cuba Tips-Tips Ni!

4.6K
SHARES

Bila ada anak kecil ni, segala-galanya mestilah lengkap from head to toe, termasuklah kelengkapan mandian untuk si manja. Yelah, kita sebagai ibu bapa ni hanya nakkan yang terbaik untuk si manja. Walaupun kat luar sana terdapat lambakan produk mandian yang boleh kita pilih, tapi ibu bapa kena berhati-hati, risau ada bahan berbahaya dan mungkin sensitif pada kulit si manja.

Haa..kalau pening dan tak tahu nak pilih produk apa yang sesuai untuk si manja, apa kata anda ikuti tips-tips yang kami kongsikan ni..

PILIH PRODUK YANG BEBAS BAHAN KIMIA BERBAHAYA

Image result for how to know soap that soft for your baby skin

Seperti yang kita tahu, kulit bayi adalah sangat sensitif dan memerlukan penjagaan yang terbaik. Lebih membimbangkan kalau si manja mengalami alergi atau masalah kulit yang lain, lagilah bertambah-tambah risau si ibu.

Sebelum membeli sebarang produk mandian, anda kena baca kandungan produk tersebut dan pastikan ia bebas dari toksik ataupun bahan kimia berbahaya. Bukan apa, bimbang akan menimbulkan reaksi alergi pada kulit si manja yang sudah sedia sensitif. Kadang-kadang, ada juga produk yang boleh merosakkan kulit dan menyebabkan ruam-ruam pada si manja. Hati-hati ya!

PILIH PRODUK YANG MEMPUNYAI KANDUNGAN LEMBUT UNTUK KULIT SI MANJA

Image result for NO TRICLOSAN BABY PRODUCT

Kredit: The Mom Forum

Sabun yang kasar boleh menyakitkan kulit bayi dan menyebabkan kegatalan. Memandangkan kulit bayi adalah halus dan berbeza dengan kulit orang dewasa, maka si manja hanya perlukan sabun ataupun produk mandian yang lembut, khas buat si manja.

Nak tahu cara untuk pilih produk yang mempunyai kandungan lembut pada kulit? Mudah je, pastikan kandungan produk tersebut adalah hypoallergenic dan tanpa toksik. Elakkan produk yang mengandungi alkohol, alkali, dan bahan kimia lain. Seelok-eloknya, pilih produk yang berasaskan organik dan juga tumbuhan semulajadi.

ELAKKAN PRODUK YANG MENGANDUNGI PARABEN!

Image result for NATURAL PRODUCT FOR BABY

Jangan tak tahu, sebenarnya, banyak je produk mandian bayi yang mengandungi paraben. Nak tahu apa tu paraben? Haa..paraben ni adalah bahan pengawet yang berfungsi untuk meningkatkan jangka hayat sesuatu produk penjagaan diri, kosmetik dan ubat-ubatan.

Paraben ni memang sangat bahaya untuk bayi kerana ia boleh mengganggu sistem endokrin yang berkait rapat dengan hormon badan di mana ianya boleh menyebabkan keradangan kulit, baligh awal dan juga kemandulan. Bahayanya! Nak selamat, pilih produk yang bebas paraben dan tanpa bahan kimia yang berbahaya.

PASTIKAN PRODUK TERSEBUT BEBAS DARI TRICLOSAN

Related image

Apa tu triclosan? Haa..kalau anda nak tahu, triclosan ni bertindak sebagai bahan pembunuh bakteria. Biasanya, kita akan jumpa label triclosan ni di produk barangan penjagaan diri. Tapi sebenarnya, ia adalah sangat berbahaya buat si manja! Triclosan ni bukan je berisiko untuk menganggu hormon dalam badan, tetapi ia juga boleh menyebabkan iritasi dan kulit kering.

Macam yang kita tahu, dalam setiap badan manusia terdapat sistem imuniti dan bayi seharusnya membina daya tahan imuniti mereka sendiri. Namun, jika ibu-ibu menggunakan produk yang mengandungi triclosan kepada si manja mereka, dikhuatiri akan membunuh bakteria baik di sekeliling bayi dan mengakibatkan kurangnya pendedahan kepada bakteria buruk dalam proses meningkatkan sistem imun badan.

TAK PAYAH PENING KEPALA, CETAPHIL BABY MOISTURISING BATH & WASH SELAMAT DAN LEMBUT BUAT SI MANJA!

Menjaga kesihatan kulit bayi adalah sangat penting agar si manja tidak terkena iritasi kulit dan kulit tetap terpelihara halus serta lembut.  Sebab itulah, ibu-ibu harus memilih  Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash sebagai teman mandian si manja!

Lagi-lagi, 10/10 para ibu bersetuju bahawa Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash yang terdiri daripada 1/3 pelembab dengan aloe vera dan minyak badam terbukti dapat membersihkan dan melembapkan kulit halus si manja anda.

Selain itu, formulanya yang hypoallergenic, mempunyai kadar pH seimbang, bebas paraben dan bebas kandungan sabun adalah selamat serta tak pedihkan mata si manja. Ia juga tidak mengandungi minyak mineral dan derivatif haiwan. Yang paling penting, ia disyorkan oleh pakar pediatrik!

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat si manja mereka. Sebab itu anda harus jadikan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash sebagai pelindung dan teman mandian si manja setiap hari, agar kulit si manja tetap halus, lembut dan sihat.

To Top
SKIP THIS AD ×