Famili

Kenali 6 Jenis Stroller Untuk Bayi Sebelum Anda Membelinya

8.1K
SHARES

Stroller merupakan antara kelengkapan yang paling diperlukan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Kegunaanya yang dapat memudahkan kita membawa anak-anak berjalan akan membuatkan lelah anda berkurang. Namun, masih ramai dalam kalangan ibu bapa yang tidak tahu bahawa terpadat pelbagai jenis stroller dan kegunaanya. Pening nak pilih yang mana? Jangan risau, di bawah kami senaraikan 6 jenis stroller yang berbeza jenis untuk dijadikan panduan semasa membeli dan juga yang mana sesuai dengan bajet kewangan anda.

Okay, jom kita tengok jenis stroller yang ada di pasaran.

1. Standard Stroller

Stroller ini memiliki model yang lebih konvensional dan dilengkapi beberapa compartmen. Ukurannya besar dan memiliki tempat penyimpanan dimana boleh isi barangan bayi. Jika ingin jalan-jalan ke mall, ini adalah pilihan stroller yang tepat kerana compartmen di bahagian bawahnya yang multifunction. Anggaran harga bermula dari RM 160 dan keatas.

2. Umbrella / Lightweight Stroller

Bentuk stroller ini standard, paling ringan, dan mudah dilipat. Stroller jenis ini digunakan hanya untuk mendudukkan bayi sementara jika anda  lenguh menggendongnya. Anggaran harga bermula dari RM 200 dan keatas.

3. Modular Stroller

Stroller modular atau multikomponen ini biasaya memiliki kerusi yang dapat ditukar, menghadap ke depan atau belakang. Biasanya stroller jenis  ini dipilih jika ingin membawa bayi berpusing-pusing dalam kompleks membeli-belah. Anggaran harga bermula dari RM300 ke atas. Kalau jumpa yang harga lebih rendah jangan lupa untuk terus grab!

4. Travel Stroller

Kalau stroller ini  diubah settingnya menjadi car seat hanya dengan beberapa langkah mudah. Anda boleh pindahkan bayi yang sedang tidur hanya dengan mengangkat bahagian dalam stroller dan meletakkannya di dalam kereta. Memang sesuai sangat bagi  anda yang selalu travel membawa bayi. Anggaran harga bermula dari RM 300 keatas dan boleh mencecah ribuan ringgit juga.

5. Activity Stroller

Jika anda gemarkan beraktiviti luar dan membawa bayi, sebaiknya gunakan stroller jenis ini. Sesuai dijadikan tempat duduk bayi ketika berada di kawan bertanah seperti di kebun atau taman. Rodanya dibuat jauh lebih besar dan lebih selesa untuk bayi. Nak bawa anak berjongging pun boleh. Anggaran harga bermula dari RM 300 dan keatas mengikut jenis jenama.

6. Double Strollers

Memang ini merupakan stroller yang terbaik bagi mereka yang mempunyai anak kembar. Bukan itu sahaja, kalau anda mempunyai dua orang anak kecil dalam masa yang sama pun boleh juga. Ukurannya lebih besar dan lebih berat. Anda boleh lihat dua jenis model sama ada tempat duduk bersebelahn atau tempat duduk di hadapan belakang.

*Kesimpulannya, walaupun ada yang berpendapat bahawa harga stroller ini agak mahal namun inilah antara keperluan yang anda perlu ada jika mempunyai anak kecil. Apa yang penting adalah untuk berbelanja dan pilih stroller mengikut kepada bajet yang sesuai okay?

To Top
SKIP THIS AD ×