Famili

Anak Main Gajet Sampai Tak Sedar Mata Dah Rosak. Ini 10 Tanda Awal Kena ‘Alert’

149
SHARES

“Liatnya nak ajak si kakak baca buku masa cuti sekolah ni. Baru-baru ni result exam dia dah makin menurun. Hari tu cikgu pun cakap dia asyik kacau kawan-kawan dalam kelas dan kurang beri tumpuan macam dulu. Ada apa-apa yang tak kena ke?”

Sebagai ibu bapa, siapa tak risau kan bila tahu prestasi anak makin menurun di dalam kelas? Puaslah kita cari macam-macam cara nak tarik minat anak untuk membaca, tapi macam-macam alasan mereka bagi untuk mengelak.

Sebelum ibu ayah membebel panjang pada anak, cuba semak semula sama ada mereka mengalami masalah penglihatan yang kabur atau rabun jauh. Sebabnya, anak-anak yang masih kecil biasanya tak dapat membezakan penglihatan yang normal dengan tidak normal. Mereka menganggap semua yang dilihat adalah normal dan ini menyebabkan mereka tidak mengadukan sebarang masalah tentangnya.

Selain tanda fizikal yang boleh dilihat atau aduan daripada anak, optometris, Diana Mohamed menerusi Malaysian Medical Gazette, menegaskan bahawa masalah penglihatan boleh menjadi salah satu punca masalah pembelajaran yang ibu bapa mungkin terlepas pandang.

“Prestasi sekolah yang menurun, selalu meniru kawan sebelah di kelas, seringkali tidak dapat menyalin di papan hitam dan tidak dapat menyiapkan kerja sekolah juga merupakan perlakuan yang dipamerkan oleh anak-anak yang mungkin mengalami masalah penglihatan.” – Optometris Kementerian Kesihatan Malaysia, Diana Mohamed via Malaysian Medical Gazette

Jadi, penting untuk ibu ayah peka terhadap 7 perkara tentang masalah rabun serta kerosakan mata yang boleh berlaku seawal usia kanak-kanak.

7 Perkara Ibu Ayah Perlu Peka Tentang Rabun & Kerosakan Mata Pada Anak

1. Jenis Kerosakan Mata Pada Anak

Terdapat beberapa jenis masalah penglihatan yang boleh berlaku seawal kelahiran disebabkan faktor genetik. Namun di zaman ini, kerosakan mata kanak-kanak banyak berlaku disebabkan faktor luaran, iaitu pendedahan mata kepada skrin TV mahupun peranti elektronik seperti handphone.

Mana tidaknya, sana sini kita tengok anak-anak makin asyik dengan Ipad dan handphone walaupun masih menghisap botol susu! Perkara ini sebenarnya amat membimbangkan kerana ia boleh menyumbang kepada kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mata anak-anak kecil ini.

Antara kerosakan mata yang sering dialami oleh anak-anak yang terdedah kepada skrin terlalu lama adalah

  • kabur penglihatan
  • mata kering
  • rabun jauh (miopia)
  • kerosakan saraf mata
tanda rabun pada anak

Foto Kredit: allaboutvision.com

2. Tanda Awal Kabur Penglihatan Pada Kanak-kanak

Menurut portal MyHealth, ini 10 tanda kabur penglihatan pada kanak-kanak yang perlu ibu bapa peka, antaranya

  • kedudukan kepala yang senget ketika memfokus (contohnya ketika membaca atau menonton TV)
  • juling
  • membaca atau menulis pada jarak yang terlalu dekat
  • kesukaran menulis atau menyalin semula apa yang ditulis oleh cikgu di papan hitam / putih
  • kerap meniru kawan kerana tak nampak apa yang ditulis atau ditunjukkan oleh cikgu di hadapan
  • suka menonton TV dari jarak dekat
  • selalu menggosok mata dan kerap mengerdipkan mata walaupun tidak mengantuk
  • sensitif terhadap cahaya, mata kerap berair
  • menutup sebelah mata untuk memfokus pada benda yang ingin dilihat dengan jelas
  • mengadu sakit kepala / penat bahagian mata
  • sukar menganggarkan jarak
  • mengadu melihat objek menjadi dua (double vision)

Foto Kredit: therapiesforkids.com.au

3. Mulakan Pemeriksaan Rutin Seawal 3 Tahun

Sewaktu lahir, mata manusia hanya 70% matang dan 30% lagi akan berkembang seiring usianya. Mata anak kecil juga sensitif dan mudah tercedera. Maka, ibu bapa dinasihatkan supaya memerhatikan tingkah laku penggunaan mata kanak-kanak seawal 6 bulan untuk mengesan sebarang masalah penglihatan.

Seawal usia 3 tahun lagi, ibu bapa seharusnya membawa anak menjalankan pemeriksaan mata secara rutin bagi menyaring sebarang masalah mata atau masalah refraktif.

Kekerapan pemeriksaan mata yang disyorkan untuk kanak-kanak adalah sekali setiap tahun. Biasanya akan ada kempen pemeriksaan mata di mana anak-anak akan menjalani pemeriksaan ini di sekolah secara rutin. Namun jika pemeriksaan ini tidak dijalankan di sekolah, maka ibu ayah perlulah mengambil inisiatif untuk membawa anak berjumpa doktor sendiri setiap tahun untuk memantau kesihatan mata mereka.

Foto Kredit: Vision Express

3. Tabiat Yang Perlu Dielakkan Semasa Menonton

Walaupun kita tak mungkin dapat mengelakkan anak daripada menonton TV atau menggunakan gajet 100%, ibu bapa masih boleh menyelia dan mengawal penggunaannya.

Bagi mengelakkan kerosakan mata, terdapat beberapa perkara yang perlu ibu bapa beri perhatian

  • Elakkan anak daripada memegang gajet secara dekat terutamanya ketika berbaring kerana ini akan membebankan lagi sistem penglihatan. Ia boleh mengakibatkan berlakunya pseudomyopia (rabun jauh palsu) di mana berlakunya penurunan tahap penglihatan yang teruk, akan menyebabkan sakit kepala dan penglihatan berganda.
  • American Association of Pediatric menyarankan bayi di bawah 18 bulan tidak sepatutnya didedahkan kepada gajet sama sekali.
  • Anak kecil berumur 2-5 tahun pula dinasihatkan meminimakan penggunaan gajet selama 1 jam sehari,  di mana 1 jam ini perlu dipantau oleh ibu bapa dan diisi dengan program yang berfaedah.
  • Anak berusia 5-18 tahun pula perlu dihadkan penggunaan gajet dan dipantau penggunaannya bersama ibu bapa. Tidak boleh menggunakan gajet sebelum masuk tidur dan semasa waktu makan.
  • Elakkan menonton TV atau membaca dalam keadaan kurang pencahayaan.
  • Banyakkan aktiviti luar.

Foto Kredit: youtube.com

4. Amalkan 20-20-20 

Bagi mencegah kerosakan mata, ibu bapa perlu memahami kaedah 20-20-20 iaitu :

  • Berhenti dan berehat daripada melihat skrin untuk setiap 20 minit
  • Pastikan anak-anak melihat sesuatu yang jaraknya lebih kurang 20 kaki selama 20 saat,
  • Jaga jarak penglihatan dan pencahayaan yang cukup.

Foto Kredit: englishpedia.com

5. Rawatan

Pemeriksaan komprehensif optometris dapat mengenalpasti masalah fungsi visual anak anda kerana ada beberapa jenis rawatan yang perlu disesuaikan dengan masalah yang dialami.

Contohnya anak anda mungkin akan dibantu melalui preskripsi cermin mata atau terapi visual.

tanda rabun pada anak

Foto Kredit: South China Morning Post

6. Pakai Cermin Mata Takkan Menyebabkan Rabun Bertambah

Sesetengah ibu bapa tidak menyangka anak mereka yang masih kecil sudah memerlukan cermin mata untuk melihat. Bahkan ada yang mengelak daripada membenarkan anak memakai cermin mata kerana risau power cermin mata akan bertambah.
Ini adalah mitos yang perlu diperbetulkan dan ianya tidak benar sama sekali.

Sebaliknya, jika anak tidak mengenakan cermin mata seperti yang dinasihatkan, mata akan mengalami lebih tekanan untuk melihat sesuatu objek dengan lebih jelas.

tanda rabun pada anak

Foto Kredit: South China Morning Post

7. Rabun Jauh Boleh Menjadi Semakin Serius Ketika Dewasa

Menurut sumber, penggunaan cermin mata yang tidak sesuai dengan power yang diperlukan akan menjejaskan fokus pada retina dan akan sebaliknya mempercepatkan kadar peningkatan rabun jauh. Maka, ibu bapa perlu pantau dan periksa keperluan mata anak setiap tahun.

Di Asia sahaja, didapati 70-87% daripada kanak-kanak di sekolah dan golongan belia dilaporkan mengalami rabun jauh. Kadar peningkatannya bertambah setiap tahun dan apa yang menakutkan, 24% daripada populasi rabun jauh ini akan mengalami rabun jauh yang lebih serius sewaktu dewasa.

tips belajar

Foto Kredit: patrasevents.gr

Jangan Ambil Remeh

Ibu bapa perlu sedar bahawa peningkatan rabun jauh di kalangan kanak-kanak merupakan isu yang semakin melarat di serata dunia. Masalah penglihatan ini bukan saja boleh mengehadkan kemampuan fizikal anak, tetapi ia mungkin akan menjejaskan pembelajaran mereka.

Jadi ibu ayah jangan ambil remeh. Pantau dan selia penggunaan gajet anak-anak kita mulai hari ini ya!

 

To Top
SKIP THIS AD ×