Cantik

Tips Pemakaian ‘Contact Lens’ Dengan Lebih Betul, Tak Perlu Pedih Mata Lagi!

154
SHARES

Pemakaian ‘contact lens’ adalah salah satu perkara yang merungsingkan bagi sesiapa yang memerlukannya. Kadang-kadang betul, kadang-kadang tak betul cara pemakaian yang digunakan. Ini kerana, kalau salah cara pemakaian kanta lekap ini boleh menjurus kepada masalah mata.

Bagi anda yang masih baru dalam pemakaian kanta lekap ini, ayuhla sama-sama kita baca perkongsian dari Cik Nurul Syafika dalam laman Facebook beliau. Selepas ini, anda boleh lah memakai kanta lekap dengan cara yang betul dan tidak memudaratkan mata lagi.

www.specsavers.ie

www.specsavers.ie

KHAS BUAT PEMAKAI TEGAR CONTACT LENS

Saya dah 7 tahun pakai contact lens. Ada ke yg pakai lebih lama dari saya ? Meh kita borak pasal contact lens. Sini ada sedikit tips penjagaan contact lens yg mungkin sedikit bermanfaat buat pemakai2 contact lens diluar sana.
First saya nak bagitahu yg saya pakai CL bukan saja2 pakai, tapi sebab saya RABUN ! Maklumlah pakai spec ni agak leceh, terutamanya bg ‘hijabster’. Kalian yg tak rabun sepatutnya bersyukur masih boleh melihat dgn terang lagi nyata. So tak perlulah pakai sekadar saja2/suka2.

Tips pemakaian kanta lekap

Ok kalau nak pakai sangat sini saya ada sedikit tips yg berdasarkan pengalaman saya buat kalian :
1. Sebelum pakai CL, tangan kena cuci betul2, seeloknya guna air sabun & bilas cuci. Kalau rasa pedih2 cuci balik CL. Mungkin masih ada bulu2 degil yg melekat ditangan.
2. Lepas letak CL dalam mata, titis air Renu khas utk mata bercontactlens. Botol dia sama dgn botol eye glo/eye more.
3. Biasa kita dengar pakai CL maximum 8jam. So lepas balik dari kenduri cepat2 buang, cuci & rendam dlm bekas CL balik.
4. Air Renu/apa2 brand utk rendam CL wajib ada . Jangan sesekali guna air paip. Ingat tu ! Air paip takkan sama dengan air CL.
5. CL hendaklah sentiasa dicuci. Nak cuci CL ada caranya, bilas dgn air CL paling kurang 3x.
(buka video supaya lebih faham)
6. Bila CL dh ditanggalkn, jgn biar mata mcm tu je, Titiskan dulu dengan Eye Glo. Supaya mata tak merah & kering. (Sy pakai botol kaler purple) kalau mata rasa pedih2 smpai berair tu tandanya sebelum tu awk dh bedal sambal belacan. Mmg susah hilang kt tgn walaupun dh basuh dgn sabun.

www.facebook.com

www.facebook.com

www.facebook.com

www.facebook.com

Untuk mendapatkan penerangan dan cara pemakaian dengan lebih jelas, anda boleh klik di link ini.

Semoga bermanfaat .

Sumber Facebook : Nurul Syafika II

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×