Sihat

Usia Muda Lagi Mata Dah Rabun, Bukan Hanya Salah Gajet Tapi Faktor Keturunan Juga!

8
SHARES
rabun mata

Mempunyai tahap penglihatan yang jelas dan ‘power’ merupakan impian setiap manusia. Mana tidaknya, anda tidak memerlukan kaca mata atau kanta lekap yang perlu dipakai setiap hari untuk melihat dengan lebih jelas gara-gara sudah rabun mata. Rimas pun ada!

Bukan itu sahaja, ramai juga dalam kalangan kanak-kanak yang sudah memakai kaca mata semuda usia dan masalah rabun ini berlarutan sehingga ke usia dewasa. Kenapa masalah rabun ini berlaku dengan mudah? Adakah kerana genetik? Berikut merupakan penjelasan dari pakar iaitu Dr. Laila Salim mengenai rabun mata.

Baca juga: 9 Jenis & Fungsi Supplemen Yang Ada Di Pasaran, Pilih Betul-Betul Sebelum Beli!

RABUN MATA DARI KANAK-KANAK HINGGA DEWASA, KENAPA TERJADI?

rabun mata

Pada peringkat umur bilakah pesakit mengalami masalah rabun?

Kebanyakan masalah rabun BUKANLAH penyakit. Ia cuma ralat dalam penglihatan. Maksudnya, cahaya sepatutnya fokus pada lapisan retina tetapi ia fokus di belakang atau di hadapan titik paling peka di retina. Kenapa ini berlaku? Ini kerana panjang bola mata, kecembungan kornea, keupayaan kanta asli untuk menumpukan cahaya.

Bagi kanak-kanak, biasanya mula disedari bahawa mereka mengalami rabun apabila mula bersekolah. Ada juga semasa remaja. Logik, sebab mula banyak keperluan.

Untuk anda yang umur lebih 40, presbyopia. Mula disedari apabila perlu jauhkan bahan bacaan dari mata. Puncanya kerana kapsul atau sarung kepada kanta asli sudah tidak boleh berubah bentuk dengan mudah seperti masa muda dan kelemahan otot pada mata.

Apakah faktor utama rabun berlaku?

Faktor utama adalah keturunan. Panjang bola mata, kecembungan kornea adalah faktor anatomi. Sama seperti ketinggian, jika ibu bapa tinggi biasanya anak juga akan tinggi. Jadi, begitu juga dengan rabun.

Apa faktor lain masalah rabun?

Faktor sampingan adalah near work dan kurang aktiviti outdoors semasa kanak-kanak. Ini mempengaruhi pembesaran bola mata. (Peripheral defocus)

Apakah kaedah rawatan untuk mengatasi rabun?

Pencegahan:

-Elakkan ‘fast power progression’ dengan banyakkan aktiviti luar.

-Pakai cermin mata jika perlu untuk elak amblyopia. Amblyopia atau ‘lazy eyes’ ialah keadaan apabila mata tidak dapat melihat sempurna akibat kekurangan semasa peringkat tumbesaran.

Adakah kaedah rawatan teknologi moden berkesan dalam menangani masalah rabun?

Ada. Refractive surgeries. Kornea dan lens. Guna kaedah matematik (optik fizik) untuk menjangka di mana titik fokus akan berubah. Yang popular adalah LASIK. Lasik dapat mengubah kecembungan kornea dan seterusnya memastikan cahaya fokus tepat di atas retina. Teknik lain, PRK dan SMILE, boleh guna intraocular lens.

Selain teknologi moden, adakah amalan pemakanan yang sihat, tidur yang mencukupi dan melihat kehijauan alam mampu mengurangkan masalah rabun?

Tidak membantu. Tapi satu keadaan dipanggil pseudomypia, berpunca daripada kurang rehat dan stress pada mata dalam tempoh yang agak panjang. Jadi tidur yang mencukupi membantu dan pemakanan tidak mempengaruhi.

Kehijauan alam ni tricky. Sebab bila kita lihat alam, naturally kita lihat jauh. Saya risau dengan kewujudan ubat titis, ‘candy’ dan ubat makan kononnya untuk merawat rabun. Ia tak boleh mengubah panjang bola mata atau kecembungan kornea.

Apakah nasihat saya kepada orang yang menghadapi masalah rabun?

-Jangan terpedaya dengan iklan ubatan merawat rabun. Ia tak berkesan. Scam. Memang scam. Bahkan boleh membahayakan.

-Amalkan ‘visual hygiene’ untuk mengurangkan masalah mata letih. Rule 20/20/20.

-Banyakkan aktiviti luar untuk anak-anak.

-Jangan risau. Power akan semakin stabil setelah usia mencapai 20an.

rabun mata

*Jadi, selepas selesai baca informasi yang dikongsikan ini, rajin-rajinlah keluar melihat kehijauan bersama anak-anak dan jangan hanya dedahkan mereka dengan gajet sahaja. Ciptaan Allah SWT kan lebih indah?

Baca juga: Siapa Cakap Makan Telur Puyuh Kolestrol Tinggi? Rupanya Ada 10 Khasiat Yang Kita Tak Tahu!

Sumber: Twitter MedTweetMY

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×