Famili

Mula Mengadu Sakit Mata, Pening. Rupanya Mata Anak Rabun & Juling Sebelah Akibat Gajet

2.3K
SHARES

Zaman teknologi begini memang tak peliklah kalau kita nampak anak-anak kecil bermain handphone atau tablet kan? Ada yang masih hisap botol susu pun sibuk ke sana sini dengan handphone di tangan. Pandai pula mereka nak tekan apa untuk dapatkan video atau game kegemaran masing-masing.

Walaupun kita sedar dengan bahaya ketagihan gajet pada anak-anak kecil, tapi kebanyakan ibu bapa terpaksa ‘pejam mata’ memandangkan gajet banyak membantu ‘mendiamkan’ mereka. Lagipun, dalam hati tu nak bagi sekejap aja. Setakat beberapa minit masa nak suap anak makan, masa memandu dalam kereta, masa memasak dan sebagainya. Tanpa disedari lama-kelamaan anak dah makin ketagih dan sukar dipisahkan dengan gajet.

Begitulah juga yang berlaku pada pasangan ini hinggakan ia memberi impak kepada anak mereka, Dhiya, yang sudah 2 tahun dirawat akibat ‘lazy eye’ atau juling sebelah mata. Dalam artikel kali ini, Puan Juliana Aziz tergerak untuk berkongsikan kisah anak mereka supaya dapat memberi iktibar kepada ibu bapa di luar sana.

Mari ikuti perkongsian beliau sepenuhnya.

Diperkenalkan Dengan Handphone Ketika Usia Setahun

Moga post ini jadi iktibar pada kalian, jangan bagi anak kecil main handphone/tab/ipad apa-apa gajet…!

Dhiya dah berjaya dipisahkan dari gajet sejak hampir 2 tahun lepas, tapi mata kanan yang dibuka tu sampai ke hari ni kadang-kadang masih juling sikit.

Dulu, kami tersilap sebab bagi dia main handphone masa umurnya setahun lebih. Kononnya bagi sekejap-sekejap di kala kami rasa perlu. Contohnya waktu nak elakkan dia kaca Mama masak kat dapur, kononnya nak pastikan dia duduk diam sekejap waktu nak siapkan dia makan (sebab dia jenis liat nak makan sejak dulu sampai sekarang), waktu Mama terlalu penat nak rehat sekejap, waktu Mama dan Papa solat, waktu dia meragam dalam car seat, dan sebagainya.

Kalau nak ikutkan, Dhiya ni bukanlah main handphone sepanjang masa setiap hari. Cumanya dia memang jenis budak yang sejak kecil suka layan buku-buku dan flash cards. Belajar ABC, nombor-nombor, baca muqaddam dan macam-macam lagilah. Setiap hari pun, berlambak-lambak mainan yang dia selalu main dan sepahkan.

Mula Perasan Anak Makin Ketagih, Sakit Mata & Pening

Tapi bila dia makin besar, dia dah mula pandai ambil sendiri dan buka handphone Mama atau Papa. Bila kami lock guna password, Dhiya akan menangis-nangis minta buka dan nak tengok video kartun.

Tak sangka tindakan yang kononnya bagi dia main handphone di ‘waktu yang perlu’ sahaja tu akhirnya tinggalkan kesan yang buruk pada anak sulung kesayangan kami ni. Kami mula berkeras bila perasan dia mula ada simptom ketagihan, dan pada masa yang sama makin kerap mengadu pening, sakit kepala dan gosok-gosok mata.

Kami pun ada terbaca artikel-artikel tentang bahayanya kesan pendedahan gajet pada mata, minda dan emosi kanak-kanak. Kemudian kami ambil masa beberapa bulan jugalah sama-sama sepakat dengan suami untuk sorok segala gajet di rumah. Kami elakkan sedaya-upaya dari guna handphone depan dia dan kami sendiri struggle untuk pisahkan dan rawat keinginan serta ketagihan dia pada handphone. Kebetulan juga, mata kanan dia baru start jadi juling sekejap-sekejap gitu.

Juling sebelah mata ni juga dikenali sebagai simptom ‘lazy eye’.

Dalam gambar ni boleh nampak mata dia agak juling sebelum kami jumpa opto gunakan patch.

Masalah Mata Juling & Rabun

Bulan lepas dah jumpa mak saudara kami Makcik Mastura Mustaffa (owner Optometris Siti Mastura) and minta dia tengokkan mata Dhiya, betul ke tidak tu simptom ‘lazy eye’ macam yang saya baca di internet.

Kebetulan kami jumpa waktu balik kampung, jadi tak ada alat untuk periksa betul-betul. Mak saudara kami cadangkan kami beli patching @ topeng lanun untuk tutup mata dia yang OK dan biarkan mata yang kadang-kadang juling tu untuk ‘bekerja’. Sebabnya mata Dhiya ni di tahap mild, belum betul-betul teruk. Tapi kalau tak ada improvement, dia sarankan kami bawa Dhiya untuk dapatkan rawatan doktor pakar mata di Klinik Mata UIA Kuantan. Katanya kalau di UK, perkara biasa nampak budak-budak pakai patching topeng mata lanun begini untuk rawat sendiri mata kanak-kanak yang ada simptom ‘lazy eye’ ni.

Lepas tu, 3 minggu lepas kami bawa Dhiya pergi check mata dengan kawan saya di Optical Focus Point East Coast Mall Kuantan. Rupanya mata kiri rabun ±50 dan mata kanan yang bermasalah tu rabun silau ±100! Katanya ketepatan alat pemeriksaan mata berkomputer ni cuma 80% saja, jadi kami dinasihatkan bawa Dhiya pergi jumpa doktor pakar mata utuk sahkan tahap rabun mata dia menggunakan alat yang lebih sesuai melalui prosedur tertentu sebab Dhiya masih kecil.

mata anak juling

Kesan gadget

Kini Dah 2 Tahun ‘Cerai’ Handphone

Alhamdulillah, sekarang dah hampir 2 tahun Dhiya ‘putus cinta’ dengan handphone. Akhir bulan ni dia akan sambut birthday yang ke-4 dan tahun depan dia akan mula masuk preschool. Bezanya dia sekarang dah tak peduli pun kalau kita main handphone depan dia (melainkan kalau tengok video yang menarik perhatian, dia akan tanya “Apa tu? Dhiya nak tengok jugak boleh takkk?”). Lagi pula, dia dah lebih alert and lebih cepat respon kalau kita panggil atau minta dia buat apa-apa.

Mama dan Papa minta maaf sebab kurang bijak dan tersilap langkah bagi Dhiya main phone/tab masa kecil dulu. We will try our best untuk rawat semula mata Dhiya.

Moga-moga mata Dhiya kembali pulih semula supaya tak perlu lagi pakai topeng lanun tu bila dah ke preschool dengan akwan-kawan…aamiiinnn…

Dalam gambar ni dah nampak semakin pulih lepas 2 tahun dipisahkan dengan gajet.

mata anak juling

Ambil Pengajaran, Elakkan Ketagihan Sebelum Terlambat

Moga perkongsian panjang berjela ini memberi sedikit sebanyak manfaat dan peringatan buat kalian yang ada anak kecil baik anak sendiri mahupun anak saudara waima cucu sekalipun.

Untuk ibu bapa yang kini dalam dilema dan kerumitan bab anak yang ‘jatuh hati jatuh cinta’ dengan gajet handphone/tablet/ipad, pisahkanlah ceraikanlah sepenuhnya anak dari gajet secepat mungkin (especially usia bawah 7 tahun) dan rawatlah ketagihan/kemahuan anak pada gajet sebelum terlambat.

I’m not saying its gonna be easy,
It is hard, stressful and the struggle is real…
But believe me, it’s worth it…! 

*Perkongsian asal oleh Puan Juliana Aziz ini telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk sebarang pertanyaan, boleh rujuk post asal dan berhubung melalui Facebook beliau di SINI.

To Top
SKIP THIS AD ×