Bila nak masuk tahun baru ni, mulalah kita sibuk mencari semula resit-resit lama dan senarai barangan atau servis yang pernah kita guna. Maklumlah, nak kena betul-betul teliti bila bab cukai ni. Selagi boleh kurangkan jumlah bayaran cukai, lagi bagus!
Lagi-lagi untuk ibu bapa yang berkerja. Sebenarnya ada cara untuk kurangkan cukai dengan mudah tau. Kalau anda masih lagi samar-samar, di sini kami senaraikan antara persoalan yang seringkali orang tanya mengenai pelepasan cukai. Jom baca!
1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ni macam mana? Apa je yang boleh kurangkan cukai?
2. Simpanan bersih tahun semasa tu apa pulak? Tahun yang akan datang ke?
3. Semua orang layak ke nak dapat insentif pelepasan taksiran cukai ni?
Ha tak semua. Insentif taksiran cukai ni layak untuk ibu bapa, ibu bapa angkat atau penjaga yang sah dari segi undang-undang. Mereka wajib ada akaun atau menambah simpanan ke dalam akaun SSPN yang dibuka untuk anak-anak mereka.
4. Apa cara-cara untuk dapat insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan ni eh?
Mudah je! Pendeposit hanya perlu membuat simpanan dalam tahun tersebut. Jumlah yang anda akan dapat tu mengikut jumlah simpanan bersih pada tahun tersebut.
Anda layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM12,000 yang merangkumi RM6,000 (SSPN-i) dan RM6,000 (SSPN-i Plus untuk bahagian takaful di bawah Insurans Nyawa dan KWSP)!
5. Kalau pendeposit yang buka akaun untuk diri sendiri, dapat ke insentif ni?
Tak boleh guys. Hanya ibu bapa atau penjaga yang buka akaun untuk anak-anak je yang boleh.
Masih samar-samar & ada lagi soalan yang anda nak tahu? Jangan risau!
Betul tu, anda tak perlu risau sebab semuanya ada dihujung jari anda je! Pergi ke laman web PTPTN dan klik di soalan lazim kemudian klik simpanan!
Ada lebih dari 10 soalan disenaraikan! Mana tahu salah satu soalan tu, soalan anda kan? Sure terus faham lepas baca jawapan-jawapan yang diberikan.
Kan betul, mudah je nak kurangkan cukai anda tahun ni! Tapi jangan lupa untuk buka akaun SSPN untuk anak-anak anda tau! Ia boleh membantu anda untuk mengurangkan cukai yang dikenakan. Semoga bermanfaat! Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di sini!