Sihat

Tua Sebelum Usia, Rupanya Bila Anak Akil Baligh Terlalu Awal Ada Kaitan Masalah Kesihatan!

19
SHARES
akil baligh

Mungkin ramai dalam kalangan ibu bapa yang menganggap bahawa proses akil baligh dalam kalangan anak-anak yang berlaku lebih awal dari biasa adalah normal. Namun, tahukah anda bahawa masalah akil baligh yang cepat atau ‘central precocious puberty (CPP)’ ini merupakan keadaan yang jarang berlaku dalam kalangan anak-anak.

Oleh itu, penting untuk mak ayah perhatikan anak-anak yang bakal melalui proses akil baligh ini supaya mengalami pertumbuhan usia yang normal dan tidak tua sebelum usia. Patutlah ramai kanak-kanak sekarang nampak lebih matang dari usia..

Baca juga: Pasangan Sebelum Berkahwin Kena Tahu Apa Itu Penyakit Talasemia, WAJIB Buat Checkup!

PROSES AKIL BALIGH TERLALU CEPAT DALAM KALANGAN KANAK-KANAK, TAK NORMAL?

akil baligh

Tempoh akil baligh biasanya bermula pada usia 7 tahun bagi kanak-kanak perempuan dan sekitar 9 tahun bagi kanak-kanak lelaki. Namun, bagi kanak-kanak yang mengalami masalah CPP ini, proses akil baligh mereka adalah sekitar usia 6 tahun!

Jadi, berikut merupakan beberapa simptom akil baligh berlaku lebih awal dari waktu normal:

Bulu di ketiak dan pada alat kelamin. Bulu juga akan tumbuh di bahagian wajah untuk lelaki.

-Jerawat

-Bau badan orang dewasa.

-Perkembangan orang dewasa seperti pembesaran payudara, puting dan pertumbuhan testis.

-Perubahan emosi.

-Emosi mudah terganggu.

Kenapa berlakunya terlalu awal dalam kalangan anak-anak?

Tahukah anda, otak mengeluarkan hormon yang dipanggil hormon anti-gonadotropin atau dikenali sebagai GnRH. Hormon ini juga membantu organ seks untuk menghasilkan hormon lain untuk memulakan perkembangan seksual. Antara sebab lain yang menyebabkan berlakunya akil baligh awal ini adalah:

1.Sejarah keluarga yang mengalami masalah akil baligh awal.

2.Masalah gen yang jarang-jarang berlaku.

3.Tumor tetapi bukan kanser di dalam otak atau kalenjar pituitari.

4.Kecederaan otak.

5.Jangkitan pada otak.

6.Radiasi atau kimoterapi atau rawatan kanser.

Bukan itu sahaja, boleh dikatakan terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko masalah akil baligh awal dalam kalangan anak-anak. Bukannya apa, bila anak mengalami akil baligh terlampau awal, ini menjadikan mereka tua sebelum usia.

akil baligh

-Menjadi seorang gadis: Kanak-kanak perempuan lebih cenderung untuk mengalami proses akil baligh lebih awal berbanding kanak-kanak lelaki.

-Berketurunan Afrika-Amerika: Jika anda perasan, kanak-kanak yang mempunyai darah kacukan selalunya akan mengalami akil baligh yang lebih awal.

-Mempunyai berat badan berlebihan (obesiti): Kanak-kanak dengan berat badan berlebihan mempunyai risiko lebih tinggi untuk akil baligh lebih awal.

-Terlibat dengan hormon seks: Kanak-kanak zaman sekarang lebih terdedah dengan pelbagai jenis produk yang mengandungi estrogen atau minyak testosteron. Ini yang boleh meningkatkan hormon kanak-kanak.

*Jadi, penting untuk mak ayah pantau tahap pembesaran anak supaya menjadi normal kerana dalam sesetengah rawatan pakar, mungkin akan menggunakan ubat menyekat hormon seks dan mencegah perkembangan hormon mereka. Takkanlah baru usia 8 tahun dah mempunyai wajah dan fizikal seperti usia 20 kan?

Sumber: Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×