Asuh

Anak Lelaki Dah Nak Masuk Akil Baligh, Ini Checklist Mak Ayah Kena Ajar Supaya Tak ‘Kosong’

4
SHARES
akil baligh

Akil baligh adalah fasa penting dalam kehidupan setiap lelaki. Ini menandakan peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada alam dewasa yang merupakan satu proses semula jadi melibatkan perubahan fizikal, emosi, dan mental yang dipengaruhi oleh hormon.

Namun, perlu diingatkan dalam kalangan ibu bapa adalah, proses peralihan akil baligh seorang anak lelaki ini perlu ‘diisi’ dengan ajaran penting supaya dapat mencorak mereka menjadi lelaki yang berguna. Nak ajar anak apa?

Baca juga: Tua Sebelum Usia, Rupanya Bila Anak Akil Baligh Terlalu Awal Ada Kaitan Masalah Kesihatan!

ANAK LELAKI NAK MASUK AKIL BALIGH, PASTIKAN MEREKA TAHU 11 PERKARA INI

akil baligh

Foto: Freepik

Sudah beberapa minggu juga, saya mula perasan anak lelaki yang sudah mula meniti journey aqil baligh. Macam biasa, mak-mak dia jadi risau. Risau kena tengok semula checklist sebelum aqil baligh.

Apa yang sudah capai, apa yang lemah lagi. Bukan apa, risau juga anak masuk journey ini tanpa ilmu, kitalah yang salah tidak didik. Saya kongsikan senarai semaknya di komen untuk mereka yang macam kami, anak lelaki masuk fasa aqil baligh.

1. Akidah dan tauhid yang lurus

– Anak jelas siapa Rabb, siapa yang layak disembah, apa nama dan sifat Rabb-nya.
– Anak jelas apa maksud syirik, syubhat dan syahwat.
– Anak jelas perkara yang membatalkan tauhid.

2. Ibadah

– Anak tahu makna solat, kepentingan solat.
– Anak tahu tatacara solat dengan betul.
– Anak tahu fiqh solat, semua yang berkaitan solat termasuk wudhu, kebersihan/ taharah dan lain-lain.
– Anak tahu tatacara mandi wajib
– Anak tahu tentang puasa, kepentingan puasa
– Anak tahu fiqh puasa yang asas

3. Ikhtilat

– Anak tahu hukum berurusan dengan perempuan. Tadabbur ayat berkaitan.
– Anak sentiasa beringat tentang keperluan menunduk pandangan.

4. Tanda aqil baligh

– Anak tahu perubahan secara fisiologi dan biologi.
– Anak tahu perubahan secara psikologi dan hormon.

5. Taklifan

– Anak tahu makna mukallaf. Tadabbur ayat-ayat berkaitan.
– Anak tahu kesan mengingkari perintah dan larangan Allah.

6. Cabaran

– Anak tahu cabaran media sosial/ internet, soft porn atau pornografi.
– Anak tahu cabaran sosial dalam masyarakat.

7. Crush dan couple

– Anak tahu tentang isu dan penyakit sosial ini dalam masyarakat.
– Anak disediakan dengan benteng hati yang sentiasa dilengkapi dengan hidayah (tadabbur al-Quran).

8. Dosa & pahala

– Anak tahu makna dosa dan pahala.
– Tahu adanya buku catatan dan malaikat yang menulisnya.
– Tahu dan faham makna taqwa – terutama di belakang manusia, ketika tiada manusia yang nampak, ada makhluk lain yang akan menjadi saksi.
– Tahu bahawa keampunan Allah belum tentu menghapuskan dosa dalam buku catatan, justeru masuk aqil baligh perlu sedaya upaya menjaga apa yang tertulis dalam buku catatan. Start fresh.

9. Hidayah & Rahmat Allah

– Anak tahu bahawa sumber hidayah adalah al-Quran dengan mentadabburinya.
– Setiap detik hidupnya, dia akan membuat pilihan setiap tindakannya sama ada dalam hati, dengan lidah atau dengan anggota badannya. Antara yang Allah reda atau Allah murka. Semua ini perlu petunjuk dari Allah supaya tidak membuat kesilapan yang menzalimi orang lain dan diri sendiri.
– Punca rahmat Allah adalah ketaatan. Bagaimana untuk taat jika hati tidak ada cahaya hidayah. Semua bermula dengan al-Quran, tadabbur bukan setakat baca dan hafal

10. Rokok, vape & dadah

– Tahu mudarat rokok, vape dan dadah dari segi Sains.
– Tahu kesan kepada tubuh badan kita.
– Rokok & dadah hukumnya haram. Kesan buat benda haram adalah menutup hati daripada cahaya hidayah. Nanti hati jadi keras. Susah nak buat amal soleh dan tadabbur al-Quran.

11. LGBT & Pedofilia

– Anak tahu maksud LQBT.
– Anak tahu makna grooming.
– Anak tahu apa maksud pedofilia.
– Anak tahu kisah-kisah dalam al-Quran tentang LGBT.
– Apa hukum tentang ini.

akil baligh

Foto: Salikin.org

*Bila anak lelaki membesar dengan tahu semua asas yang kukuh, barulah dia akan menjadi seorang lelaki yang berguna.

Baca juga: KPM Mansuh Peperiksaan Di Sekolah Untuk Kurangkan Tekanan Murid, Mak Ayah TAK SETUJU!

Sumber: ورالعلياني منصرخ

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×