Asuh

Ibu Garang & Panas Baran Akan Besarkan Anak Yang Degil, Kuat Melawan- Pakar

2
SHARES
anak degil

Dr.Suriyakhatun merupakan doktor perubatan juga dikenali sebagai medical homeopath yang popular di laman media sosial. Hal ini kerana beliau sering berkongsikan tip parenting kepada ibu bapa dari segi medikal. Terbaharu, satu kenyataan doktor mengundang pelbagai reaksi apabila beliau mengatakan bahawa ibu yang garang akan membesarkan anak degil. Betul ke?

Ternyata, memang ramai dalam kalangan ibu yang garang namun, haruslah bertempat ya!

Baca juga: Kenapa Anak Boleh Jadi Biadap Dan Degil? Ini 5 Sebab Yang Mak Ayah Wajib Tahu!

IBU GARANG DAN PEMARAH AKAN BESARKAN ANAK DEGIL DAN KURANG AJAR?

anak degil

Dr.Suriyakhatun mengatakan bahawa beliau sering berdepan dengan pesakit yang mempunyai trauma ketika kecil. Hal ini kerana, mereka sering dimarahi oleh ibu sendiri.

Kenapa saya sebut statement ini? Sebab setiap hari saya deal dengan trauma pesakit saya yang ada childhood trauma. Ada anak akan keliru apa salah apa betul. Contohnya:

Anak pecahkan pinggan tak sengaja; kena pukul.
Anak bermain dan bising , kena jerit sedangkan ini adalah memang aktiviti anak.
Anak tak lalu makan kena pukul.

Menurutnya, situasi di atas menunjukkan garang tak bertempat. Ini semua boleh buahkan trauma dan cacat emosi anak. Adakah kita sebagai ibu bapa yakin sangat tentang betul dan salah tu sampai menghukum anak dengan neraca diri yang anggap contohnya pecahkan pinggan dengan tak sengaja itu satu kesalahan?

SIKIT SIKIT PUKUL, TAK BOLEH…

anak degil

Seperti yang sudah ramai ketahui, setiap tindakan orang dewasa akan menjadi contoh kepada anak-anak yang kian membesar. Tidak ketinggalan, guru pun tidak perlu jadi seorang yang terlampau garang!

“Masa anak saya sekolah rendah saya perasan si kakaknya mula marah marah dan pukul adiknya konon adiknya tak dengar kata. Saya hairan sebab ini bukan dari saya. Saya jumpa gurunya tanya dia ada pukul anak saya ke. Dia mengaku dia pukul dengan pembaris untuk kesalahan tak bawa buku dan datang lambat etc. Datang lambat tu pukul sayalah kenapa pukul anak?”

“Saya beritahu cikgunya anak saya dah jadi pemarah dan pukul adiknya sejak sekolah. Cikgunya jawab anak-anak lain kalau tak pukul tak dengar kata. Saya jawab anak saya tegur dengan mulut beritahu kesalahan dia sudah cukup. Anak yang sensitif dan lembut hatinya tak suka buat salah.”

Secara konklusi, apa yang doktor maksudkan adalah garang tanpa kasih sayang adalah garang tak bertempat. Marah yang tak terkawal serta pukul untuk rasa puas hati tidak sepatutnya berlaku. Ini adalah berbeza dengan tegas dan tegur bertempat yang lebih mendidik anak-anak.

*Ibu-ibu semua bersetuju? Kadang-kadang kita jadi garang tanpa disedari bukan?

Baca juga: Bibik Dr Say Buat Hal Lagi…Kali Ini Kasari Anak Pula! Bayi Digoncang & Kepala Dibiarkan Terjuntai

Sumber: Dr.Suriyakhatun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×