Asuh

Betul Ke Anak Jadi Degil & Buas Sebab Mak Ayah Tak Buat Aqiqah? Meh Sini Ustaz Jawab…

1
SHARES
aqiqah anak

“Degil dan buasnya anak kau ni! Kau tak buat aqiqah anak ke masa dia kecil?”

Tersentak juga mak ayah apabila ada orang luar mengeluarkan kenyataan ini kepada anak anda sendiri bukan? Hal ini kerana kebetulan anda tidak pernah menjalankan ibadah aqiqah untuk anak semasa mereka kecil dan tertanya sama ada perkara ini berkaitan.

Baca juga: Ustaz Hanafiah ‘Bocorkan’ 4 TANDA JELAS Pasangan Terkena Sihir Pemisah, Seram!

BETUL KE KALAU TAK BUAT AQIQAH ANAK, MEREKA JADI DEGIL?

aqiqah anak

Foto hiasan.

Persoalan ini diajukan kepada seorang ustaz di laman Tiktok @fitrahummah apabila ada yang menyatakan bahawa anak-anak mereka degil kerana tidak menjalankan ibadah aqiqah. Malah, kenyataan ini juga dikatakan oleh orang tua mereka sendiri yang membuatkan fikiran mereka dibelenggu rasa bersalah!

Mula-mula dahulu kita kena faham aqiqah ini menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi pada kala waktu lahirnya.” Demikian pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari. Menurut istilah hukum syarak aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.” Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.

Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”– (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi) Ibnu Al-Qayyim.

Ini menegaskan bahawa aqiqah itu memelihara bayi tersebut daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat.

Juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.”– (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)

Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi. Imam Ibnu Qayyim pula menyabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah SWT sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail AS.. Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.

ADA FADHILAT YANG BAIK

aqiqah anak

Foto hiasan.

Menurut Fitrah Ummah, terdapat beberapa fadhilat yang baik apabila mak ayah membuat korban aqiqah kepada anak-anak iaitu:

-Anak-anak anda akan membesar dengan baik dan sama seperti anak orang lain.
-Anak-anak yang diaqiqahkan itu akan terhindar daripada gangguan syaitan daripada ingin membuat kebaikan.
-Anak-anak yang diaqiqahkan itu dapat memberikan syafaat kepada ibu bapanya di akhirat kelak.

Jadi dengan kenyataan 3 fadhilat itu memberi penerangan jelas bahawa membuat aqiqah untuk anak sedikit sebanyak dapat bantu mendoakan kesejahteraan anak anda. Sekali seumur hidup sudah memadai!

@fitrahummah Betul ke anak degil sebab tak diaqiqahkan? #Aqiqah #Akikah #AqiqahAnak #AkikahAnak #AqiqahKambing #AqiqahMekah #FitrahUmmah ♬ original sound – Fitrah Ummah | Aqiqah Qurban

Baca juga: AWAS! Penceramah Seksualiti Kongsi 7 ‘Sumber Maksiat’ Anak Remaja Mak Ayah Tak Sedar

Sumber: Tiktok @fitrahummah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×