Nur

Ustaz Hanafiah ‘Bocorkan’ 4 TANDA JELAS Pasangan Terkena Sihir Pemisah, Seram!

13
SHARES
tanda kena sihir pemisah

Dalam dunia serba moden ini jangan dianggap bahawa perbuatan sihir itu sudah pupus. Mengejutkan, bahawa di zaman inilah makin giat ia dijalankan kerana makin ramai manusia mempunyai perasaan iri hati. Terutama pada pasangan yang sudah berkahwin, risiko untuk anda ada tanda kena sihir pemisah adalah tinggi!

Hal ini kerana, sudah menjadi trend dalam pasangan sudah berkahwin untuk terlampau ‘menunjuk’ kebahagiaan dan rutin harian bersama pasangan. Jadi, berikut merupakan pandangan dari Ustaz Hanafiah bin Abdul Malek atau mesra dipanggil Ustaz Hanafi, terdapat tanda-tanda yang anda boleh lihat jika pasangan tersebut terkena sihir pemisah.

Baca juga: 5 Tanda Seseorang Itu Mengamalkan Ilmu Sihir, AWAS..Mungkin Orangnya Sebelah Anda!

4 TANDA KENA SIHIR PEMISAH, HATI-HATI!

tanda kena sihir pemisah

#1 Tiada lagi perasaan cinta kepada isteri/suami

Kalau dahulu, lautan api sanggup ku renangi namun kini tiada lagi dan hanya benci.

#2 Perubahan sikap secara mendadak

Seperti contoh, berubah sikap dari penyayang kepada pembenci dalam masa yang singkat dan anda pun tak tahu kesalahan apa yang dilakukan.

#3 Hilang nafsu atau terkena penyakit

Sebagai contoh, tidak boleh melakukan persetubuhan dengan pasangan tetapi apabila melihat orang lain, individu tersebut menjadi terangsang. Ataupun terdapat situasi di mana pasangan suami isteri sudah hendak melakukan persetubuhan tapi tidak boleh.

#4 Isteri khususnya akan ada masalah

Dalam kebanyakkan kes, si isteri akan terkena penyakit bau hanyir pada tubuhnya atau kemaluannya. Takut!

Berapa lama masa diambil untuk merawat sihir dan adakah satu kali rawatan saja sudah memadai?

tanda kena sihir pemisah

Ustaz Hanafi berkata, berdasarkan pengalaman beliau di dalam perubatan Islam ini, rawatan perlu dilakukan berkali-kali dan ada sehingga yang berlarutan beberapa tahun. Fakta menarik yang anda patut tahu, kadang-kadang mereka sendiri tidak percaya mereka telah terkena sihir pemisah. Mereka sering kali bertengkar dan menyalahkan diri masing-masing.

Ustaz akan nasihatkan pasangan yang terkena sihir “Apa salah kita cuba untuk dulu mandi, dan selepas mandi dia akan rasa lain, Alhamdulillah.” Ustaz juga menambah, selalunya selepas saja pasangan ini mandi, mereka sendiri yang sukarela untuk dirawat secara berkali-kali sehingga sembuh.

Namun, merawat saja tak mampu memulihkan diri dari sihir. Individu tersebut kena tambahkan lagi amalan seperti zikir dan beberapa amalan lain.

1. Sebelum berkahwin, amalkan doa agar pasangan kita menjadi penyejuk mata dan kita menjadi pemimpin orang-orang mukmin.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan ayat: 74)

2. Baca surah-surah dan Ayatul Kursi

Antara perkara lain yang boleh diamalkan ialah membaca surah berikut:

-Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas dibaca berkali-kali.
-Surah al-Baqarah
-Selepas solat, baca Ayatul Kursi

3.Menjaga syariat Islam

Sebagai contoh, menjaga solat kerana solat akan merubah diri kita secara berperingkat-peringkat dan makin dekat dengan Allah SWT.

*Berhati-hatilah dalam berkongsikan segala hal rumahtangga dan semofa dijauhkan dari sihir sebegini…

Baca juga: Cara Elak Kena Sihir Melalui Gambar, Ikut Panduan Ini Sebelum Muat Naik Di Media Sosial

Sumber: Ikhlas

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×