Famili

“Dah 3 Hari Berturut Buat Benda Sama”- CCTV Papar Individu Misteri Tabur Tanah Kubur Depan Rumah

12
SHARES
tanah kubur

Walaupun zaman sudah semakin canggih namun orang kita masih tidak meninggalkan amalan ilmu hitam dan sihir iaitu mendapatkan bantuan secara haram dari syaitan dan iblis. Tambah menyeramkan lagi adalah perbuatan sihir ini turut menggunakan tanah kubur yang dijampi dan ditaburkan di halaman rumah orang yang ditujui.

Seram bukan? Itulah situasi yang dilalui oleh seorang wanita di laman Tiktok apabila melihat ada individu yang tidak dikenali menabur ‘benda’ di halaman rumah pada waktu malam.

Baca juga: Tanda Perniagaan Atau Kedai Makan Kena ‘Buatan’ Orang, Patutlah Asyik Jumpa Benda Ini Dalam Kedai..

TIGA HARI BERTURUT ORANG TABUR ‘BENDA’ DEPAN RUMAH, KATANYA TANAH KUBUR?

tanah kubur

Foto: bukudrzulkifli

Menurut video yang dimuat naik di laman Tiktok milik Wani Rosli ini, dia terkejut apabila melihat paparan CCTV rumah apabila ada individu yang tidak dikenali ‘menabur’ sesuatu di halaman rumah. Video yang mendapat lebih 800ribu tontonan ini mengundang pelbagai reaksi dan ramai mengatakan bahawa apa yang ditabur itu adalah tanah kubur.

“Dah 3 hari berturut-turut sis nampak ada orang tabur benda depan rumah. Mula-mula sis tak fikir apa sangat, tapi bila dah hari ke3, hati ni mula rasa tak sedap. Bukan sis tak percaya benda-benda misteri, tapi cuba elak nak fikir bukan-bukan,” jelas Wani.

Lebih memburukkan keadaan adalah, Wani sendiri perasan bahawa anak-anaknya mula sakit tanpa henti sejak individu yang tidak dikenali tersebut dilihat di hadapan rumah. Walaupun pada peringkat awal tidak mahu berfikiran negatif tetapi penyakit yang menimpa anak-anak dilihat agak aneh kerana gejalanya adalah muntah dan sakit badan secara on-off.

Memang ada terlintas bahawa ini semua adalah akibat sihir atau ‘buatan’ orang namun dirinya masih tertanya-tanya apakah punca yang membuatkan orang ingin menyihir kehidupannya.

“Sis doa dan solat supaya ni semua tak ada kaitan dengan jin atau buatan orang. Tapi, bila hari-hari nampak benda yang sama, hati jadi makin was-was. Lagi takut bila dengar cerita orang yang pernah kena benda macam ni—katanya penyakit boleh jadi makin teruk kalau kita tak buat sesuatu,” katanya lagi.

“MACAM SIHIR PEMISAH”- NETIZEN

@wani._.rosliBuatan Orang, Betul Ke? Dah 3 hari berturut-turut sis nampak ada orang tabur benda depan rumah. Mula-mula sis tak fikir apa sangat, tapi bila dah hari ke3, hati ni mula rasa tak sedap. Bukan sis tak percaya benda-benda misteri, tapi cuba elak nak fikir bukan-bukan. perasan anak-anak mula sakit tanpa henti, tiap minggu ada je sakit baru—lama-lama tak boleh nak elak dari fikir. Betul ke ni buatan orang? Ada orang buat ke ? Sis cuba tahan diri dari kaitkan, tapi sakit yang datang ni macam tak masuk akal. Kadang demam, kadang muntah, kadang sakit badan. Dah ubat, tapi datang balik. Sakit misteri? Buatan orang? makin tak tentu arah bila fikir. Sis doa dan solat supaya ni semua tak ada kaitan dengan jin atau buatan orang. Tapi, bila hari-hari nampak benda yang sama, hati jadi makin was-was. Lagi takut bila dengar cerita orang yang pernah kena benda macam ni—katanya penyakit boleh jadi makin teruk kalau kita tak buat sesuatu. Tapi nak buat apa? Nak jumpa orang pandai ke? Nak buat pendinding ke? nak cari perubatan islam kat mana ? siapa yang boleh dipercayai ? memang hati tak tenteram. Kita kena doa dan ikhtiar supaya anak-anak dilindungi dari sakit misteri macam ni. Janganlah ini buatan orang. Jangan, ya Allah… Deep inside kurang percaya buatan orang and benda khurafat ni tapi entah lah. keliru sangat sebab jin memang wujud kan ? Apa pendapat korang ? Orang ni buang apa depan rumah I dah 3 hari?

♬ Horror, terror, urban legend, scary, ghost story, ghost(1572156) – Takasick

Menjengah ke ruangan komen, memang ramai dalam kalangan netizen menasihatkan untuk Wani segera berjumpa dengan ustaz rawatan Islam. Malah, apa yang menyeramkan adalah, ada juga yang menyatakan sihir menggunakan tanah kubur ini adalah sihir pemisah.

Dari ruangan komen ini juga orang dapat mengetahui bahawa Wani merupakan seorang peniaga dan mungkin inilah menjadi salah satu punca kepada perbuatan sihir orang yang tidak dikenali.

Walaupun dia akui bahawa kurang percaya dengan perbuatan sihir ini, dinasihatkan kepada Wani untuk berjumpa dengan pakar perubatan Islam supaya tidak melarat penyakit terutamanya buat anak-anak.

Baca juga: Ustaz Hanafiah ‘Bocorkan’ 4 TANDA JELAS Pasangan Terkena Sihir Pemisah, Seram!

Sumber: Tiktok @wani_rosli

Foto: Penyingkap Fakta

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×