Sihir merupakan perbuatan atau amalan yang diharamkan dalam Islam kerana hidup berlandaskan pemujaan syaitan. Namun, manusia dari zaman dulu hingga kini tidak pernah berpuas hati dengan kejayaan hidup orang lain khususnya, memilih untuk menggunakan sihir. Ini juga termasuk dalam dunia peniagaan apabila munculnya tanda kedai kena sihir.
Kadang-kadang pelik, perniagaan yang sebelum ini dipenuhi pelanggan secara tiba-tiba kosong dan berada di ambang kejatuhan. Benar itu semua rezeki namun, jika perniagaan anda terutamanya kedai makan mempunyai ciri di bawah, eloklah berjumpa dengan perawat tradisional Islam.
Baca juga: Ustaz Hanafiah ‘Bocorkan’ 4 TANDA JELAS Pasangan Terkena Sihir Pemisah, Seram!
TANDA KEDAI KENA SIHIR, PATUTLAH TAK ADA ORANG DATANG…
Tanda-tanda jika sihir dihantar kepada pemilik perniagaan ialah:
1.Sering sakit kepala.
2.Berasa malas untuk ke tempat perniagaan tanpa sebab.
3.Kurang semangat untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan perniagaan.
4.Jika sudah berkahwin, sering bergaduh dengan pasangan.
5.Badan akan tiba-tiba menjadi sakit apabila hendak ke tempat perniagaan atau ketika hendak memulakan perniagaan.
Jika sihir ditujukan kepada premis perniagaan anda pula, biasanya anda akan perasan berlakunya gejala-gejala di bawah:
1.Pekerja anda saling bertengkar sesama sendiri.
2.Pekerja anda juga selalu berhenti kerja dan ini akan mengganggu perjalanan bisnes anda.
3.Pekerja anda sering mengadu terdengar bisikan dan melihat lembaga menakutkan.
4.Anda atau pekerja sering terjumpa duit syiling di merata-rata tempat tanpa diketahui sumbernya.
5.Makanan cepat basi dan busuk.
6.Yang paling ketara ialah pelanggan selalu memberitahu kepada anda bahawa kedai anda selalu nampak seakan-akan ditutup padahal kedai buka seperti biasa.
*Ingatlah bahawa, Islam menolak amalan sihir dan mengajar orang Islam untuk meminta perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan sihir, seperti FirmanNya:
وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ
Maksudnya: “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).”-(Surah al-Falaq, 113:4)
Baca juga: 5 Tanda Seseorang Itu Mengamalkan Ilmu Sihir, AWAS..Mungkin Orangnya Sebelah Anda!
Sumber: Mufti WP, Rawatan Islam Syifa’ Al Mustakim