Saka merujuk kepada entiti ghaib atau makhluk halus yang “menumpang” atau “bersama” dengan seseorang sama ada secara diwarisi daripada keluarga atau diperolehi melalui pelbagai cara seperti perjanjian, amalan ilmu hitam, atau gangguan. Terdapat tanda tanda ada saka yang boleh anda ‘check’ pada individu.
Memang agak menyeramkan namun kalau saka ini dibiarkan ‘hidup’ dalam badan kita, ia boleh melaratkan dan mencetuskan masalah. Bila sudah terlewat, memang agak sukar untuk disembuhkan!
Baca juga: Tanda Perniagaan Atau Kedai Makan Kena ‘Buatan’ Orang, Patutlah Asyik Jumpa Benda Ini Dalam Kedai..
TANDA TANDA ADA SAKA PADA INDIVIDU, BOLEH ‘CHECK’ DEKAT DIRI SENDIRI
Saka boleh terdiri daripada pelbagai jenis entiti, antaranya:
-Jin: Makhluk halus yang diciptakan daripada api
-Syaitan: Jin yang jahat dan suka menyesatkan manusia
-Iblis: Ketua kepada syaitan
-Hantu: Roh orang yang telah meninggal dunia
Berikut merupakan antara tanda untuk mengetahui diri sendiri atau seseorang itu mempunyai saka:
1.Seseorang itu sangat susah untuk tidur malam.
2.Ketawa atau menangis ketika tidur.
3.Mimpi menyusukan anak. Lelaki pun boleh mimpi sebegini.
4.Mimpi diacukan dengan benda tajam.
5.Kerap sakit kepala tapi bila diperiksa doktor tidak diketahui puncanya.
6.Mudah baran dan marah-marah.
7.Selalu mengadu sakit belakang atau sendi-sendi utama.
8.Rasa malas sangat nak beribadah.
9.Tidak suka bergaul dengan orang lain dan sangat sensitif dengan kata-kata orang sekeliling.
10.Kerap mimpi bersetubuh dengan jin.
11.Keturunan mempunyai masalah yang sama seperti masalah zuriat (sering gugur), jodoh lambat, gangguan mental dan panas baran.
*Jika anda mengesyaki diri anda atau ahli keluarga mempunyai saka, adalah penting untuk mendapatkan bantuan daripada pakar agama atau pengamal perubatan Islam yang bertauliah.
Baca juga: 5 Tanda Seseorang Itu Mengamalkan Ilmu Sihir, AWAS..Mungkin Orangnya Sebelah Anda!
Sumber: Freepik (foto),Mstar, Ustaz Sharhan Shafie via Tiktok @adiktoys