Nur

Bukan Semua Syaitan Diikat, Ini Sebab Masih Ada Gangguan Makhluk Halus Di Bulan Ramadan

7
SHARES

Setiap kali melangkah ke dalam bulan Ramadan, ramai yang menarik nafas lega dan rasa selamat kerana dikatakan bahawa semua syaitan diikat dan akan tiada gangguan makhluk halus. Namun, ada juga berlaku kejadian gangguan makhluk halus dan mistik dalam kalangan individu yang ‘lemah semangat’ di bulan Ramadan. Bagaimana?

Rupanya ramai dalam kalangan kita yang tersalah faham mengenai istilah syaitan diikat dalam bulan Ramadan itu. Berikut merupakan penerangan lanjut supaya tidak dipertikaikan lagi apabila berlaku masalah gangguan.

Baca juga: Cara Elak Kena Sihir Melalui Gambar, Ikut Panduan Ini Sebelum Muat Naik Di Media Sosial

ADA KE GANGGUAN MAKHLUK HALUS DALAM BULAN RAMADAN?

gangguan makhluk halus

Foto: CNN Indonesia

“Jika benar syaitan dirantai, mengapakah masih ada kejadian gangguan makhluk halus dalam bulan Ramadan?”

Pertanyaan ini mungkin berpunca daripada dua buah hadith daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ، وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ

Maksudnya: “Apabila datangnya Ramadan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.”- (Riwayat al-Bukhari, no. 1899)

Jika diteliti, terdapat satu bab dalam Sahih Ibn Khuzaimah yang dinamakan:

بَابُ ذِكْرِ الْبَيَانِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا أَرَادَ بِقَوْلِهِ: «وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ» مَرَدَةُ الْجِنِّ مِنْهُمْ، لَا جَمِيعَ الشَّيَاطِينِ «إِذِ اسْمُ الشَّيَاطِينِ قَدْ يَقَعُ عَلَى بَعْضِهِمْ

Maksudnya: “Bab penjelasan terhadap apa yang dimaksudkan dengan Sabda Nabi SAW: ‘Dan dibelenggulah syaitan-syaitan yang ganas (atau besar).” Bukan merujuk kepada seluruh syaitan kerana sebutan (atau istilah) syaitan-syaitan adakalanya digunakan untuk sebahagian dari mereka.” (Lihat Sahih Ibn Khuzaimah, 1/188)

Syeikh Anwar al-Kashmiri menyebut: “(Dibelenggu syaitan-syaitan) di sisi riwayat Tirmidzi: Jin yang ganas. Justeru, tidak lazim bahawa dirantai keseluruhannya.” (Lihat Faidh al-Bari ‘ala Sahih al-Bukhari, 3/327)

Menurut Imam al-Qurtubi sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani,

“Sesungguhnya gangguan syaitan hanya berkurang terhadap orang-orang berpuasa yang memelihara syarat-syarat puasa dan adab-adabnya. Atau yang dibelenggu hanya sebahagian syaitan sahaja, iaitu yang ganas dari kalangan mereka, bukan semuanya sebagaimana dinyatakan dalam sebahagian riwayat. Atau yang dimaksudkan adalah berkurangnya kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ini merupakan perkara yang dapat dirasakan, di mana kejahatan ketika bulan Ramadhan lebih sedikit jika dibandingkan dengan bulan-bulan selainnya…” (Lihat Fath Al-Bari 4/114)

Kesimpulannya adalah maksud syaitan yang dibelenggu itu adalah:

1.Hanya sebahagian syaitan sahaja yang dibelenggu iaitu yang besar atau ganas (مَرَدَةُ الْجِنِّ) manakala selebihnya masih ada.
Ia juga membawa maksud syaitan tidak bebas menggoda orang-orang yang beriman berbanding bulan-bulan yang lain.

2.Gangguan boleh dielakkan dengan memperbanyakkan ibadah dalam bulan Ramadan seperti amalan puasa itu sendiri, iaitu dengan membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan dari al-Hulaimi yang menyatakan maksud dibelenggu itu mengandungi makna para syaitan tidak dapat sampai memberi ujian/godaan kepada umat Islam sepertimana di luar bulan Ramadan disebabkan umat Islam menyibukkan diri dengan berpuasa yang berperanan melemahkan syahwat, demikian juga mereka sibuk dengan membaca al-Quran dan berzikir. (Lihat Fath al-Bari, 4/114)

gangguan makhluk halus

Foto: FatehTeam

*Dalam masa yang sama, disarankan kepada mereka yang berhadapan dengan individu yang mengalami gangguan sebegini untuk merujuk juga kepada pakar perubatan kerana kemungkinan ia berkait rapat dengan masalah psikiatri dan bukannya gangguan makhluk halus semata-mata.

Baca juga: Letak 8 Jenis Pokok Ini Dalam Bilik Supaya Tidur Malam Nyenyak, Mimpi Sampai London!

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Perawat Islam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×