Famili

Gara-Gara Beli Gelang Antik Di Pasar Karat, Gadis Dirasuk Jin Penari Hingga Hilang Waras!

9
SHARES
pasar karat

Pasar karat merupakan antara lokasi yang sering dijadikan tumpuan pelancong sama ada dalam atau luar negara. Bukan sahaja padat dengan pelbagai jenis barang yang aneh, antik dan eksklusif, malah anda juga boleh membeli barangan tersebut dengan harga yang murah.

Namun, tidak semua kisah mengenai pasar karat ini manis sahaja kerana banyak juga kisah seram berlaku. Menerusi kisah lanjut yang didedahkan seorang perawat, wanita yang bernama Ina mula mengalami kejadian pelik selepas dia memiliki gelang misteri dibeli di pasar karat. Antara gangguan berlaku seperti mendengar suara wanita menyanyi irama klasik pada lewat malam serta bunyi loceng seumpama gelang di bahagian kaki seseorang yang dihentak-hentak!

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!

BELI GELANG DI PASAR KARAT, KENA RASUK JIN PENARI

pasar karat

Lebih menyeramkan lagi adalah setelah beberapa hari, muncul satu jin penari bernama Kesuma Puspa datang dalam mimpi semasa tidur dan menggelarkan Ina sebagai ‘tuan’ baharunya. Malah, jin dalam tubuh Ina itu turut menggunakan Bahasa Melayu klasik.

“Dia tuan aku, jangan menyibuk urusan aku!”- jin

Bermula dari sinilah, Ina mula berperilaku pelik seperti tidak tidur pada malam hari dan suka menari-nari tidak tentu arah sambil memakai gelang antik yang dibeli dari pasar karat tempoh lalu. Risau melihat keadaan itu, ibu bapanya berusaha mendapatkan bantuan ramai perawat perubatan Islam, namun belum ada yang mampu mengusir jin penari itu daripada tubuh Ina.

Disangkakan apabila gelang tersebut sudah ditanggalkan daripada tangan Ina akan menjernihkan keadaan, namun rupanya ia semakin memburukkan situasi. Ina bahkan pernah cuba menyakiti diri sendiri jika aksesori terbabit disembunyikan dan tidak dipulangkan kepadanya.

Menurut perkongsian tersebut, pasukan perawat dari Toq Qiqi Lam Ahadd tampil berusaha mengubati Ina.

“Jin berkenaan benar-benar kuat melawan dan enggan melepaskan sosok Ina selaku tuannya,” kata perawat.

PESAKIT ALAMI GANGGUAN MENTAL

pasar karat

Namun setelah melalui proses rawatan yang cukup rumit dan tegang, akhirnya Kesuma Puspa berjaya disingkirkan atas izin Allah Yang Maha Kuasa. Mereka kemudiannya membuang gelang antik itu ke kawasan sungai yang mengalir sebagai langkah terakhir ikhtiar perubatan.

Menurut mereka, dari segi gangguan makhluk halus, Ina berjaya ‘bebas’ sepenuhnya. Namun akibat kejadian mistik itu, Ina rupanya mengalami tekanan teruk sehingga kewarasannya terganggu. Jin penari yang sudah duduk terlalu lama dalam badan mengakibatkan fikiran Ina menjadi rosak. Paling menyedihkan buat ibu bapanya, anak tunggal kesayangan mereka kini terpaksa ditempatkan dalam pusat psikiatri.

*Kesimpulannya, berhati-hati dalam membuat pembelian barang mengikut kepada lokasi yang anda pergi. Jangan beli barang sebarangan tanpa diketahui asal usulnya kerana kita yang mungkin terjebak dalam bahaya!

Baca juga: Suka Berbogel Atau Seksi Masa Tidur? Hati-Hati Jika Berlaku Gangguan Ini…

Sumber: Facebook Qiqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×